Aug 23

Menjadi Usahawan Tani Memenuhi Tuntutan Fardu Kifayah

FUNGSI pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian berubah.

Daripada pertanian untuk sara diri, bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal.

Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pelabur dan pengusaha.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” - (Surah al-Mulk, ayat 15)
Nak tahu lebih lanjut »

Aug 18

Masa Untuk Tidur

“Kenapa rasa tak semangat sahaja ni?”

“Kenapa masalah tak habis - habis menimpa aku ni?”

“Kenapa demam tak sembuh - sembuh lagi ni? Dah 5 hari dah ni”

“Apa idea aku nak tulis hari ni?”

“Gaji lambat lagi. Harga barang melambung naik. Macam - macam nak beli ni. Macam mana nak dapat duit tambahan?”

“Kenapa tak selera nak makan hari ni?”

“Kenapa …? Kenapa …? Kenapa…?”

Jika ini antara perkara yang sering bermain di minda anda sekarang ni. Ubatnya ialah anda perlu pergi TIDUR dahulu. Lupakan sebentar masalah yang membelengu diri anda ini, Lagi best kalau bilik berhawa dingin… (oooo…bestnya tidur… :))

Nak tahu lebih lanjut »

Aug 15

Manfaatkan Keistimewaan Bulan Syaaban

Muslim digalak bertaubat mohon keampunan, keredaan pada bulan rahmat

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan. Adat Jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Nak tahu lebih lanjut »

Aug 08

Kursus Penternakan Arnab Secara Komersil

Terlebih dahulu, saya memohon maaf kepada semua peminat arnab (terutama Encik Mahathir Ayub - Rakan saya dari MyWabbit.Org) kerana terliwat lewat upkan pasal kursus ini. Ia berikutan kesihatan saya yang tidak mengizinkan buat masa sekarang (batuk masih tak lega lagi).

Maklumat pasal kursus ini ada di terangkan di laman Vraf@BlogSpot, Vraf@Info dan My Wabbit.Org. Kalau anda menghadapi masalah untuk mengetahui lokasi dewan kursus tu, sila hubungi Pengarah Syarikat My Wabbit Rabbitary Farm, Encik Mahathir Ayub ( 017 - 242 9441).

Nak tahu lebih lanjut »

Aug 03

Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008

Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008 di Bukit Jalil Golf & Country Resort

Perjumpaan Ahli Forum WangCyber 2008 di Bukit Jalil Golf & Country Resort

Nak tahu lebih lanjut »

Aug 01

Peristiwa Israk Mikraj Uji Keimanan Manusia

KEWAFATAN bapa saudaranya, Abu Talib Abdul Mutalib dan isterinya, Khadijah Khuwailid, membuat Nabi Muhammad SAW bersedih serta berduka kerana mereka adalah pembela Baginda dalam menyampaikan seruan Ilahi kepada golongan jahiliah penyembah berhala.

Abu Talib memeliharanya dengan sokongan moral, manakala Siti Khadijah pula membelanya dengan sokongan material, semangat dan kasih sayang serta penuh pengertian terhadap tugas berat yang disandang oleh suaminya.

Bukan itu saja, kedua-dua mereka juga disegani dan dihormati masyarakat Quraisy, sehingga tahun kepergian mereka itu dikenal sebagai `Aam al Huzni atau tahun berduka cita.

Nak tahu lebih lanjut »

Jul 30

Israk Mikraj : Mukjizat Paling Menonjol

SETIAP Nabi dan Rasul ada keistimewaan tersendiri yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka. Keistimewaan itu sebagai bukti atas kebenaran misi dakwah mereka sebagai utusan Allah yang sesuai pada zaman masing-masing. Dalam al-Quran ditegaskan maksudnya: “Rasul Kami lebihkan sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan tertentu). Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikan-Nya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan.” – (Surah al-Baqarah: 253)

Dalam ayat lain bermaksud: “Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.” – (Surah al-Israk: 55)

Nak tahu lebih lanjut »