Fibroid - risiko tetap ada

Fibroid, risiko tetap ada

AINA membaca buku sambil meniarap, tetapi cepat-cepat bingkas bangun semula. Eisy… sakitnya perut, kenapa ya, bisik hatinya. Lantas dia melihat dirinya di cermin. Tiada banyak bezanya, cuma perutnya agak buncit sedikit.Malah, ramai kawannya menyangka dia mengandung. Tetapi dia tersenyum sendiri. Mana mungkin. Haidnya datang begitu banyak sekali sampai berbungkus-bungkus tuala digunakan. Pasti tidak hamil!

Kawan-kawan mengesyorkannya berjumpa doktor, malu juga sebab sudah berusia, haid macam orang muda malah lebih daripada itu lagi. Bila berjumpa doktor, Aina disahkan mempunyai fibroid yang perlu dikeluarkan secepat mungkin.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. Bunyi lucu tetapi serius. Kata-kata yang dihamburkan doktor pakar membuat sesiapa sahaja yang mendengarnya tersenyum.

Apa tidaknya, menurut beliau, andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.

Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Salleh Mohd. Yatim memberitahu, justeru wanita tidak perlu bimbang kecuali jika ia mendatangkan masalah kepada mereka.

“Bagaimanapun apabila ia memberi masalah, mereka perlu berjumpa doktor dengan segera untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya,” ujarnya.

Menurutnya, ramai wanita tidak menyedari bahawa mereka mempunyai fibroid di dalam rahim atau ovari kerana tumor itu lazimnya tidak membesar sebaliknya mengecut apabila wanita itu mencapai usia menopaus.

Beliau bagaimanapun mengingatkan, terdapat kes-kes ketumbuhan fibroid yang memudaratkan apabila tumbesarannya berlaku dengan begitu pantas. Dari sekelumit kutil ia boleh membesar sehingga 50 paun dan rekod fibroid terbesar dikeluarkan di dunia adalah 140 paun!

Dr. Salleh berkata, ini menyebabkan ramai pesakit tidak menyedari mereka mempunyai ketumbuhan dalam rahim, kerana kebanyakan fibroid hampir sifar simptom.

Tambahnya, jika fibroid begitu cepat membesar dan boleh menghinggap atau melekat pada organ-organ lain, ketika itulah ia mengundang kemudaratan. Ia turut membawa kesengsaraan lain bagi pesakit.

Apa itu fibroid?

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Biarpun begitu ia boleh tumbuh di lain-lain organ yang mengandungi sel-sel otot licin. Fibroid adalah tumor pejal yang terjadi daripada tisu-tisu fiber di mana dari situlah ia mendapat namanya.

Lazimnya, fibroid tercetus sebagai ketumbuhan dan membesar secara perlahan-lahan, selalunya tanpa simptom.

Malah kedudukan fibroid yang boleh menyebabkan kemandulan ini, telah mencetuskan kontroversi.

Kenapa? Ketumbuhan ini merupakan penyebab utama bagi pembedahan histerektomi iaitu pembedahan mengeluarkan fibroid dan rahim.

Tidak pernah mengandung

Dr. Salleh berkata, lazimnya mereka yang tidak pernah mengandung, gemuk, berkulit hitam, mempunyai risiko untuk mendapat fibroid.

“Bagaimanapun tiada sebab-sebab tertentu seseorang itu boleh mendapat fibroid. Hanya sekitar 25 peratus sahaja pesakit fibroid yang mengalami simptom-simptom.

“Ini termasuklah mereka yang mengalami pendarahan haid yang banyak, sakit sewaktu hubungan kelamin, kemandulan mahupun masalah dubur yang disebabkan oleh tekanan akibat daripada ketumbuhan fibroid ini,” jelas beliau.

Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin.

Biarpun amat jarang berlaku, fibroid boleh berubah keadaannya dengan menjadi malignan, apabila ia cukup besar mahupun membesar dengan cepatnya.

Diagnosis

Lazimnya, diagnosis dilakukan dengan mengambil kira sejarah simptom-simptom seperti yang dijelaskan di atas, atau secara kebetulan apabila pesakit menjalani pemeriksaan faraj yang berkala seperti ujian pap smear.

“Bagi sesetengah wanita yang menjalani pemeriksaan kemandulan, fibroid boleh dilihat sewaktu menjalani imbasan ultrasound.

“Imbasan ultrasound adalah sangat penting memandangkan ia juga boleh membezakan di antara sis dan lain-lain tumor pelvik,” kata Dr. Salleh.

Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di mana magnet-magnet berkuasa tinggi digunakan untuk melihat struktur tisu-tisu juga berguna walaupun ia adalah mahal.

Ia bermanfaat bagi membezakan di antara fibroid dengan adenomiosis iaitu satu keadaan yang berkaitan dengan endometriosis dan agak sukar untuk dirawat.

Katanya: “Malah, ada yang datang berjumpa doktor setelah mendapati abdomen mereka semakin lama semakin membesar seperti mengandung. Selepas pemeriksaan dilakukan barulah diketahui wanita ini mengalami fibroid.”

Jenis-jenis fibroid

Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.

Waktu sesuai merawat fibroid

“Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

“Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,” kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

Dr. Salleh menambah, usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

“Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,” ujarnya lagi.

Rawatan fibroid

Rawatan fibroid bergantung kepada saiz dan kedudukan fibroid itu.

- Rawatan hormon; terapi hormon sangat berguna kepada wanita yang hampir menopaus dan bercadang untuk mengelak pembedahan. Bagaimanapun terapi ini tidak banyak memberi manfaat kepada wanita yang bercadang untuk hamil.

- Reseksi histeroskopi; lazimnya dilakukan ke atas fibroid submukus asalkan fibroid itu berukuran kurang daripada l0 sentimeter garis pusat. Beberapa proses dilakukan sebelum pembedahan dapat dilakukan.

Pembedahan membuang fibroid ini menggunakan sejenis alat berupa wayar khas bersama histeroskop yang dimasukkan ke dalam uterus melalui serviks/pangkal rahim.

- Pembedahan laparoskopi atau miomektomi laparoskopi pula adalah pembedahan bagi mengeluarkan fibroid.

Intramural dan subserous boleh dikeluarkan melalui pembedahan ini melalui dua insisi/pemotongan 10 milimeter panjang, satu di bahagian pusat dan satu lagi di garisan abdomen.

Hanya segelintir sahaja pakar yang mengambil pilihan ini kerana ia mengambil masa yang lama dan cukup mencabar.

- Miomektomi terbuka, pembedahan konvensional yang dilakukan melalui insisi di bahagian bawah, memanjang atau menegak di bahagian garisan bikini (antara ari-ari dan abdomen). Otot-otot uterus dibedah dan fibroid dikeluarkan.

Doktor biasanya akan mengesyorkan wanita yang hamil selepas pembedahan ini untuk menjalani pembedahan Caesarean apabila sampai masanya untuk bersalin.

- Histerektomi bergantung kepada usia, bilangan anak, masalah kesihatan wanita serta lain-lain faktor.

Wanita yang menjalani histerektomi tidak akan mempunyai haid lagi kerana rahimnya sudah dikeluarkan sekali bersama fibroid.

Nasihat pakar

Dr. Salleh menegaskan, bagi wanita yang menopaus, mereka perlu mendapat rawatan sekiranya mengalami tanda-tanda menopaus yang teruk.

Dalam hal ini, suami perlu memberi sokongan yang sewajarnya untuk isteri dalam meneruskan kehidupan seharian termasuk dalam hubungan suami isteri.

Beliau juga menekankan, wanita perlu menjalani ujian pap smear secara berkala untuk mengesan kanser servik dan fibroid. Fibroid yang aktif dan cepat membesar juga berbahaya bagi wanita.

Wanita yang melalui pembedahan perlu mengamalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang ideal serta melakukan senaman yang bersesuaian apabila mereka sudah pulih sepenuhnya. Jumpalah doktor untuk nasihat selanjutnya.

Popularity: 22% [?]

Usahawan Sejati

Usahawan Sejati

Usahawan bukannya manusia luar biasa
Cuma usahawan
Luar biasa kerjanya
Luar biasa ketabahannya
Luar biasa tindakannya
Luar biasa mindanya

Bertemu usahawan itulah rezeki
Kerana usahawan membawa peluang
Kepada yang mahu mengubah diri sendiri

Hidup jiwanya bersama usahawan
Fikir kejayaan
Fikir strategi
Fikir kelemahan diri
Bukan mencari kelemahan orang lain

Masa bagi usahawan
Paling penting
Menyusun, merancang dan mengatur
Yang paling penting
Usahawan tidak takut dengan pesaing
Kerana usahawan sering bersedia
Tetapi pesaing yang takut usahawan
Kerana mereka gimik semata-mata

Istilah gagal dan putus asa
Tiada dalam kamus usahawan
Di balik gagal ada kejayaan
Putus asa pula pintu kekufuran

Cita-cita usahawan cukup tinggi
Kekadang usahawan dikatakan bermimpi
Gerak kerja usahawan penuh wawasan
Pengalaman lampau jadi degree usahawan
Mengalahkan mereka yang punya kelulusan
Yang mampu merancang, tapi tiada pengalaman

Kalau tidak
Usahawan tidak boleh berada
Di puncak jaya
Memiliki yang tidak dimiliki
Usahawan bukannya manusia luar biasa
Usahawan berdiri di atas kaki sendiri

Usahawan punya idola sendiri
Yang patut dicontohi
Bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri
Akan ditulis orang suatu hari nanti

Paling penting
Usahawan manusia yang bertakwa
Banyak kebajikannya
Banyak ibadah dan zikirnya
Kuat perjuangannya
Amat kasih usahawan pada Rasulnya
Amat cinta usahawan pada Tuhannya

Hasil Nukilan Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad

Popularity: 13% [?]

Tumbuhan Penawar Penyakit

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tandatanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:
1.Madu
2.Tin dan Zaitun
3.Kurma
4.Habbah as-sauda

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

  • Madu dapat menyegarkan tubuh.
  • Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatan nya dan ia malah dapat memcantikkan rambut dan memanjangkannya.
  • Madu boleh mengeluarkan racun.
  • Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya.
  • Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk.
  • Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit.
  • Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati.
  • senang dihadamkan

ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

  • Penyakit kulit
  • Terbakar
  • Jerawat
  • Gatal-gatal
  • Luka
  • Kanak-kanak lumpuh
  • Kurap
  • Sakit gigi
  • Sakit mata
  • Sakit jantung
  • Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dan buah Zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:

  1. Riwayat dari Abu Zar r.a.

    Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin. Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

  2. Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:

  • Penyakit Buasir
  • Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Batuk yang berpanjangan
  • Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi: “sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun untuk masak makanan, berminyaklah dengannya untuk rambut, badan dan seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

  • Membaik pulihkan perut;
  • Mengeluarkan cacing;
  • Menjadi penawar racun;
  • Minyaknya menghaluskan kulit;
  • Minyaknya melambatkan tumbuh uban;
  • Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat ke - 25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar, insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa. Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam kitad “al-tibb”, dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh
dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah penyakit. Antaranya ialah:

  • Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas.
  • Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
  • Mengeluarkan angin dalam perut
  • Menambah ghairah seks
  • Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
  • Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu, buah Tin, Zaitun, Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat manfaat dari penggunaannya.

Popularity: 19% [?]

Tumbuhan Penawar Penyakit

Al-Quranul karim adalah perbendaharaan yang penuh dengan ilmu pengetahuan . Ianya mengandungi seribu satu misteri yang perlu dicungkil dan dikaji oleh manusia. Salah satu keistimewaan Al-Quran ialah keterangan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang masih menjadi tanda tanya para saintis mengenai kelebihan dan khasiatnya. Walaupun demikian terdapat juga Hadis Rasulullah yang menyokong serta memperjelaskan tentang kegunaan tumbuhan tersebut walaupun pada masa itu tidak terdapat kajian saintifik mengenainya. Kebanyakan tumbuhan tersebut adalah penawar penyakit dan ianya sangat berkhasiat untuk manusia.

Di antara tumbuhan yang terdapat dalam Al-quran ialah:

  1. Madu
  2. Tin dan Zaitun
  3. Kurma
  4. Habbah as-sauda

ANTARA KHASIAT MADU

Madu boleh menyembuhkan penyakit yang disebabkan oleh pelbagai faktor.

  • Madu dapat menyegarkan tubuh;
  • Madu dapat membersihkan gigi dan memelihara kesihatannya dan ia malah dapat mempercantikkan rambut dan memanjangkannya;
  • Madu boleh mengeluarkan racun;
  • Madu dapat mengeluarkan ubat-ubat yang tidak baik dari tubuh dan ia membersihkan ubat-ubat itu darinya;
  • Madu berfaedah untuk mengawet mayat manusia supaya tidak berbau busuk;
  • Madu juga dapat membunuh kuman-kuman yang memudaratkan tubuh atau menyebabkan penyakit;
  • Makanan yang disukai oleh pinggang dan hati;
  • Senang dihadamkan


ANTARA PENYAKIT YANG DAPAT DISEMBUHKAN

  • Penyakit kulit
  • Terbakar
  • Jerawat
  • Gatal-gatal
  • Luka
  • Kanak-kanak lumpuh
  • Kurap
  • Sakit gigi
  • Sakit mata
  • Sakit jantung
  • Selesema

BUAH TIN DAN ZAITUN

Selain daripada madu , terdapat dalam satu surah iatu surah At-Tin di mana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan zaitun . Apakah keistimewaan buah tin dam zaitun sehinggakan Allah bersumpah di atasnya? Ada beberapa hadis dan riwayat yang menerangkan tentang fadhilat dan kelebihan buah ini.

Antaranya:
i)Riwayat dari Abu Zar r.a.
Bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda :”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia.Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

ii) Sesetengah ahli tafsir menerangkan bahawa Allah bersumpah dengan buah tin kerana dengan buah inilah yang menjadi penutup aurat Nabi Adam dan Hawa di dalam Syurga sewaktu Allah singkap aurat kedua-duanya selepas memakan buah larangan dalam Syurga.

KHASIAT BUAH TIN

Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit, antaranya ialah:

  • Penyakit Buasir
  • Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
  • Batuk yang berpanjangan
  • Melawas kencing

RAHSIA BUAH ZAITUN

Ianya dijadikan kayu sugi oleh para Nabi termasuklah Rasulullah SAW
sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah yang berbumyi:
“sebaik-baik kayu sugi ialah zaitun,Ia adalah pokok kayu berkat.Ia
membersihkan mulut dan menghilangkan kuning-kuningan gigi. Ia adalah
kayu sugiku dan kayu sugi para nabi sebelumku.”

Rasulullah juga bersabda yang berbunyi : “Gunakanlah minyak Zaitun
untuk masak makanan ,berminyaklah dengannya untuk rambut,badan dan
seumpama dengannya kerana sesungguhnya ia adalah daripada pokok yang
berkat.”

Dalam masyarakat moden hari ini , minyak zaitun digunakan dalam
berbagai-bagai kegunaan termasuklah dijadikan sabun mandi untuk
melembutkan kulit dan sebagai minyak rambut untuk melebatkan rambut.

KHASIAT BUAH ZAITUN

Antara khasiat buah zaitun ialah:

* Membaik pulihkan perut
* Mengeluarkan cacing
* Menjadi penawar racun
* Minyaknya menghaluskan kulit
* Minyaknya melambatkan tumbuh uban
* Menghilangkan melecur kena api.

KURMA/TAMAR

Walaupun tiada surah khusus untuk buah kurma tetapi Allah menerangkan
tentang kegunaan buah kurma dalam surah Maryam iaitu dimana Maryam
sakit ketika hendak bersalin , Allah memerintahkan Maryam dalam ayat
ke25 supaya makan buah kurma yang masak. Di sini ianya berfungsi
sebagai analgesik(tahan sakit) dan sekaligus dapat memberikan Maryam
tenaga untuk melahirkan anak.

Menurut pandangan Islam , apabila ibu yang hamil diberikan tamar,
insyaallah anak yang dilahirkan seorang yang penyabar dan bersopan
santun.Buah tamar juga disunatkan makan ketika berbuka puasa.
Rasulullah juga suka makan tamar bersama timun . Ini kerana kedua-dua
dapat mengimbangkan kedua-dua sifat tersebut iaitu dimana buah timun
sejuk dan tawar , manakala buah tamar panas dan manis.

HABBAH AS-SAUDA

Hadis Rasulullah mengenai Habbah as-sauda: Daripada Buraidah , katanya
; Rasulullah SAW bersabda ; `Pada habbah as-sauda terdapat ubat segala
penyakit, kecuali maut.’ Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu’aim dalam
kitad “al-tibb”,dalam himpunan hadis-hadis sahih.

Habbah as-sauda adalah sejenis rumput , warnanya hitam dan bermusim
tahunan . Ianya tumbuh di negara-negara sekitar laut tengah dan di
India.Daun-daunnya kecil serta halus, bunganya bewarna biru, buahnya
berbungkus dan didalamnya terdapat biji kecil bewarna hitam yang boleh
dijadikan ubat.Bijinya keras dan rasanya pedas. Biji ini juga boleh
dijadikan minyak.Apabila bijinya ditumbuk ianya mengeluarkan bau yang
harum.

Penyelidikan moden tentang khasiat Habbah as-sauda telah mendapati
bahawa pada biji ini terdapat ubat yang boleh mengubati sesetengah
penyakit. Antaranya ialah:
* Sepahnya boleh meringankan beban orang yang sesak nafas
* Dapat mengubati penyakit lelah dan batuk berterusan
* Mengeluarkan angin dalam perut
* Menambah ghairah seks
* Melancarkan pengeluaran darah haid ,air besar dan air kencing
* Dapat melangsingkan badan ibu-ibu dan dapat menambah air susu
bagi para ibu

Selain daripada khasiat yang di sebut di atas, masih terdapat banyak
lagi keistimewaan yang belum kita ketahui mengenai Madu ,buah Tin,
Zaitun ,Kurma dan Habbah as-sauda. Islam menggalakkan umatnya
menggunakan keempat-empat tumbuh-tumbuhan di atas agar kita dapat
manfaat dari penggunaannya.

Popularity: 24% [?]

Close
E-mail It