April 1st, 2007 at 11:39 am (Produk HPA (Makanan))

Madu lebah merupakan saripati tumbuhan (nectar) yang disimpan oleh lebah sebagai sumber makanan. Apabila cuaca sejuk atau kekeringan makanan, lebah akan mengambil madu simpanan sebagai sumber tenaga.
Kitab suci Al-Quran menyebut mengenai madu dan lebah dalam surah An-Nahli iaitu madu merupakan penyembuh penyakit. Lebah akan membebaskan hormon ‘Nasonov Pheromones’ ketika ekspedisi mencari sumber nectar, bunga-bungaan serta ketika pulang ke sarang sebagai alat pandu arah (positioning system). Lebah akan mengumpul (ingest) dan menghadamkan nectar dengan perutnya beberapa kali dan menyimpannya dalam honey comb (petak simpan berbentuk heksagon). Nectar mempunyai kandungan gula dan air yang tinggi.
Antara komponen dan khasiatnya ialah Propolis, Royal Jelly, honey Comb, Bee Venom.
Harga: Semenanjung RM 35
Berat: 450 gram
Popularity: 18% [?]
Share This
Comments
April 1st, 2007 at 11:38 am (Produk HPA (Makanan))

Diadun bersama tepung gandum, lelemak sayuran, gula, marjerin dan tepung jagung. Sesuai dibawa bersendirian atau bersama keluarga dimana dan pada bila-bila masa. Radix Cookies seberat 210 gram ini dibungkus dan terdapat di dalamnya dua keping dalam setiap balutan amat sesuai dibawa ke mana jua terutama bagi perjalanan jauh tanpa perlu risau ianya mudah rosak atau tercemar. Sangat sesuai bagi seisi keluarga dan boleh dimakan bersama Kopi Radix.
Biskut Radix ini diadun bersama tujuh jenis herba seperti yang terdapat di dalam Kopi Radix iaitu Tongkat Ali, Teja Lawang, Tebu Gajah, Mata Pelanduk, Mengkudu Hutan, Larak Hutan dan Halban. Ia menjadikan Biskut Radix bukan sekadar biskut biasa untuk mengalas perut, tetapi turut menjaga kesihatan.
Sinergikan Radix Cookies dengan Kopi Radix, ia akan memberikan kesan berikut:
- Makanan terbaik bagi orang yang sihat
- Makanan pilihan bagi orang yang sakit
- Baik untuk pesakit yang baru selesai menjalani pembedahan
- Kecergasan untuk anak-anak dan menguatkan otot
- Pemberi tenaga segera
- Baik untuk ibu lepas bersalin
Harga Jualan: Semenanjung Malaysia RM 5.50
Berat: 210 gram
Popularity: 19% [?]
Share This
Comments
April 1st, 2007 at 11:37 am (Produk HPA (Makanan))
Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.
Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.
Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.
Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera
Khasiat dan Kegunaan Kismis:
1. Melindungi hati.
2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
3. Melawaskan pembuangan air besar.
4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
Harga Jualan :
Semenanjung RM 10
Sabah & Sarawak RM 12
Popularity: 24% [?]
Share This
Comments
April 1st, 2007 at 11:32 am (Produk HPA (Kegunaan Harian))
Kiswah (Air Mawar)
Harga: RM 18.00
Popularity: 27% [?]
Share This
Comments
April 1st, 2007 at 11:31 am (Produk HPA (Kegunaan Harian))
 
Wahdah (Cecair Pencuci Pinggan)
Menghapuskan minyak. Tanpa lemak haiwan
Harga Semenanjung: RM 5.50
Popularity: 10% [?]
Share This
Comments