Konsep 5+1 M

MLM adalah suatu kerjaya professional. Oleh itu, ia seharusnya dikerjakan secara profesional agar dapat memperolehi hasil yang maksimum. MLM merujuk kepada – M (MANAGEMENT), L (LEADERSHIP), M (MULTIPLY). MLM bukan sekadar masuk menjadi ahli kemudian mengajak orang lain seramai mungkin dan beranggapan akan mendapat bonus yang besar. MLM adalah proses menggerakkan produk secara bersama daripada syarikat kepada pengguna melalui pembelian dan penjualan produk.KONSEP 5+1 M

1. MENGAMALKAN PRODUK HPA

Kenapa perlu mengamalkan produk? Kerana kita harus berpegang pada prinsip herbalisme iaitu “Biarlah makanan menjadi ubatmu (herba) dan biarlah ubatmu (herba) menjadi makananmu”. Seterusnya adalah kerana untuk mendapatkan keyakinan terhadap produk tersebut. Amalkan mengikut set terbaik – 3 D (D’DET, DEU, D’KARM) + OMEGA 3 (KAPSUL/SOFTGEL)+ KOPI RADIX atau TEH HERBA + MADU ASLI

Atau amalkan RADIX + PELAWAS + HERBA TUJU ANGIN + SPIRULINA + MALAC + PARAMARIA PLUS (wanita)

Tukar semua produk kegunaan harian di rumah kepada barangan HPA seperti syampu, sabun pencuci, sabun mandi, ubat gigi dan lain-lain. Dengan tujuan untuk kumpulkan sebanyak mungkin Nilai Mata (NM) dan khususnya untuk membawa barangan SUCI dan HALAL ke rumah.

2. MENGHADIRKAN DIRI DALAM KELAS MINGGUAN DAN PROGRAM-PROGRAM HPA

Ini adalah asas dalam kerjaya MLM dan ia memberi tanda komitmen dan kebersamaan anda bersama syarikat HPA. Selain itu, ia adalah untuk ‘cas’ semula semangat dan kukuhkan tahap keyakinan. Jadikanlah kelas dan program-program ini sebagai tempat untuk menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka yang berjaya. Dan disini jugalah tapak untuk kita membina dan melatih jaringan baru.

3. MENJUAL PRODUCT KNOWLEDGE

Dah nama bisnes, seharusnya perlu ada urusan jual dan beli. Menjual bermakna menggerakkan produk dari pengeluar kepada pengguna. Faedah penjualan adalah untung segera/runcit. Anda juga sepatutnya tidak hanya menjual produk sahaja tetapi turut menjual product knowledge tersebut. Disinilah kekuatan dalam HPA sebenarnya. Perkara yang anda perlu kuasai dan fahami tentang penjualan produk ialah:

-Perlu ada sasaran jualan

-Perlu belajar teknik penjualan berkesan

-Penjualan berterusan akan menjamin kesinambungan perniagaan

-Kunci utama penjualan adalah pengetahuan produk

4. MEMBINA RANGKAIAN

Penajaan adalah proses mendapatkan rakan kongsi. Penajaan juga bermakna pembinaan jaringan perniagaan dan ia adalah titik tolak kepada kejayaan dalam keusahawanan MLM. Penajaan bermaksud menawarkan peluang perniagaan kepada orang lain untuk sama-sama berkongsi manfaatnya. Oleh itu penajaan adalah satu kerja yang murni. Penajaan tidak memerlukan pemaksaan sebaliknya harus disertai dengan niat yang baik. Yang penting harus belajar teknik penajaan yang berkesan. Senjata utama penajaan adalah KEIKHLASAN.

5. MEMBIMBING RANGKAIAN

Kesinambungan perniagaan bergantung kepada servis yang baik. Pelanggan anda sentiasa memerlukan khidmat anda. Anda haruslah bersedia untuk memberi khidmat kepada mereka. Ini menandakan sikap dan tanggungjawab anda sebagai usahawan dan pemimpin dalam HPA. Untuk mendapat seorang pelanggan atau rakan kongsi, anda mungkin memerlukan masa berjam-jam tetapi untuk kehilangan seorang pelanggan dan rakan kongsi mungkin hanya akan mengambil masa seminit!!!

6. MENDIAGNOS DAN MERAWAT PENYAKIT

HPA menawarkan peluang seluas-luasnya kepada semua ahli HPA untuk mempelajari ilmu tentang diagnos penyakit dan perawatan yang terdapat dalam Perubatan JAWI. Rebutlah peluang ini segera.

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

Ilmu Diagnosis Penyakit Dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Dengan diagnosis awal terhadap diri anda, ini mungkin akan dapat menyelamatkan anda daripada bahaya penyakit yang makin pelik saban hari. Anda juga dapat menyelamatkan insan yang anda sayangi atau masyarakat setempat di tempat anda.

Popularity: 38% [?]

Panduan Untuk Pengedar HPA

Apakah Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang HPA?

1. Latarbelakang Syarikat HPA
Pengasas, HQ, Al-Wahida Marketing, Kilang, Ladang

2. Produk HPA
Set Lelaki & Wanita, Set Keluarga, Penyakit dan Herba yang sesuai, Sinergi Produk

3. Perubatan JAWI
Perawatan Berasaskan Herba, ilmu perawatan dan diagnos penyakit

4. Plan Pemasaran
Sila download file di bahagian plan pemasaran

5. Perkongsian Bijak
Fahami konsep perkongsian bijak

6. Konsep 5 + 1 M
Prinsip utama untuk menjadi Usahawan HPA yang berjaya

7. Berita-berita Terkini HPA
Produk terbaru dan program terkini HPA

Apakah Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Setelah Menjadi Ahli HPA?

 

1. Dapatkan fail untuk letak semua katalog produk HPA.

2. Fahami plan pemasaran HPA dan program PB. Ingat, untuk melayakkan anda menikmati BONUS yang disediakan oleh syarikat, anda hendaklah membuat belian peribadi minima setiap bulan 50 Nilai Mata (NM) disamping itu mengamalkan KONSEP [5 + 1] M. Jika tidak, penaja akan diberi NM daripada pengedar kumpulan yang tidak berkelayakan (kurang 50NM).

3. Dapatkan bahan bacaan tambahan seperti Buku Panduan Intibah, Buku Halal Haram, CD, Perubatan Nabi dan sebagainya.

4. Tukar barangan keperluan harian anda kepada produk HPA. Antaranya ubat gigi, sabun mandi, syampu, minyak rambut, sabun basuh, kordial minuman, biskut, teh, kopi dan lain-lain.

5. Dapatkan alamat dan no telefon stokis atau cawangan HPA yang berhampiran untuk memudahkan pembelian.

6. Simpan setiap invois pembelian anda untuk rujukan.

7. Hadiri kelas mingguan untuk menambah pengetahuan anda tentang produk HPA, strategi perniagaan, plan pemasaran, motivasi, diskusi dan berita terkini tentang HPA. Berikut ialah jadual kelas di kawasan Lembah Klang.

* Hari: Isnin setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi: HPA Cawangan Kajang

* Hari: Selasa setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi:Pusat Agensi HPA Serdang

* Hari: Rabu setiap minggu
* Masa: 9.30-11 malam
* Lokasi: HPA Cawangan Gombak

8. Senaraikan semua prospek anda (yang berpotensi sahaja) seperti jiran, adik beradik, rakan pejabat, rakan surau, rakan-rakan sekolah/IPT/. Buat temujanji untuk memperkenalkan perniagaan HPA kepada mereka.

Popularity: 38% [?]

Pelawas (Penawar Sembelit)

pelawas.gifUsus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikelaurkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.

Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).

Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol
Harga: Semenanjung RM 20, Sabah & Sarawak RM 22

Popularity: 54% [?]

Shark Cartilage Plus (Antikanser)

shark2.jpgProduk yang menggunakan rawan dari ikan yu ini telah terbukti untuk mengubati pelbagai jenis kanser seperti berikut:-

1. Kanser usus.

2. Kanser hati dan paru-paru

3. Kanser payu dara.

4. Kanser prostat.

5. Kanser ovari.

6. Tumor di kepala.

Satu kajian telah dilakukan di sebuah hospital di Mexico terhadap 8 pengidap kanser yang gagal dengan kaedah perawatan moden dan tiada harapan untuk hidup menunjukkan 5 daripadanya sembuh sepenuhnya, 2 daripadanya sembuh 80% dan 1 tiada perubahan. Begitu juga dengan satu kajian di Belgium yang dilakukan pada tikus putih menunjukkan rawan ikan yu dapat menghentikan secara total pertumbuhan sel kanser. Di Amerika Syarikat, rawan ikan yu dijadikan makanan dan minuman kepada para pengidap kanser di hospital dengan tujuan membantu pengubatan dan mencegah daripada berlakunya pertumbuhan sel tumor dalam badan. Selain itu, Shark Cartilage Plus juga amat baik untuk penyakit-penyakit seperti berikut:-

1. Psoriasis.

2. Eksema.

3. Athritis.

4. Masalah kulit gatal, kudis, dan pecah.

5. Penyakit lemah jantung.

6. Asma.

7. Tuberculosis atau Batuk kering.

Pengamal Shark Cartilage Plus ini akan mendapati berlaku keadaan dimana tubuh badan mereka menjadi lemah dan cirit-birit setelah mengamalkannya beberapa hari. Ini merupakan satu keadaan biasa dan menunjukkan berlakunya DOC (Direction of Cure) dan teruskan penggunaannya tanpa keraguan.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Rawan Ikan Jerung 2. Herba terpilih.

Dos :
Bergantung kepada kadar berat badan.

Harga :

Semenanjung : RM70

Sabah/Sarawak : RM78

Popularity: 54% [?]

Morinda (Herba Asma & Lelah)

morinda1.jpgPenyakit lelah atau asma yang berpunca kepada lahan cuaca, debu, makanan atau bahan kimia. Penderita akan mengalami gejala bersin, selsema dan gatal. Penderita juga akan mengalami sesak nafas dan akan berlaku dada berbunyi (Wheezing) dan ini lebih jelas pada kanak-kanak ketika tidur.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Vitex Pubenscens

2. Cinnamomum Iners

3. Eurycoma Longifolia

4. Coscinum Blumeanum

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada malam dan 1 kapsul pada pagi. Amat baik disinergikan dengan Radix atau Mengkudu.

Harga :

Semenanjung : RM20

Sabah/Sarawak : RM22

Popularity: 53% [?]

Close
E-mail It