7 Herba Dalam Bijirin Radix
June 12th, 2007 at 7:59 am
(HPA Dalam Akhbar)Harian Metro - 23 Mac 2007
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.![]()
Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.
“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.
Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.
Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.
Popularity: 40% [?]




