Kopi Radix

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...
(Produk HPA (Minuman))

Khasiat Kopi Radix :

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu

Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)

Tongkat Ali dan Herba terpilih

Dos :
Boleh diminum sehingga 6 paket sehari
:

  • Kotak Kecil - Semenanjung : RM15 ; Sabah/Sarawak : RM18
  • Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30 ; Sabah/Sarawak : RM36
  • Papan - Semenanjung : RM20 ; Sabah/Sarawak : RM22

Testimoni :

Popularity: 65% [?]

6 Comments »

  1. nabila afiza said,

    July 13th, 2007 at 9:02 am

    Sgt mgharukan..trnyata kopi RADIX memang tiada tandingan.

  2. zaharah bt mustaffa said,

    July 14th, 2007 at 9:27 pm

    pramaria plus mengagumkan.. pilihan bijak

  3. ghout said,

    October 18th, 2007 at 11:02 pm

    adakah penyakit ghout tiada penawar dan radix boleh menghilangkannya

  4. zam said,

    April 19th, 2008 at 3:00 pm

    umph,memang ada kesanlah kopi nie.sapa yang suka pedas,dinasihatkan minum kopi nie,peh berbisa usus ketika buang air besar.tapi itu bahan pedas yang melemahkan badan.wajib buangkan.

  5. zulina said,

    September 15th, 2008 at 3:46 pm

    kopi radix amat mengagumkan…baik untuk kesihatan dalaman…cubalah, pasti terpikat….terima kasih HPA.

  6. rodziyah said,

    November 7th, 2008 at 4:30 pm

    Adakah kopi radix baik untuk pelajar. Tidakkah mendatangkan ketagihan atau ada side effect kemudian hari?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URL

Post a Comment

Close
E-mail It