HPA yakin Radix Kola, Sarsi mampu bersaing

Pelancaran Radix Cola dan Radix Sarsi di Sungai Petani pada 13 Julai 2007Pengeluar produk kesihatan dan perubatan berasaskan herba, HPA Industri Sdn. Bhd yakin produk terbarunya, Radix Kola dan Sarsi akan mendapat sambutan baik serta mampu bersaing di pasaran tempatan serta antarabangsa.

Ini kerana Radix Kola dan Sarsi keluaran HPA bukan sekadar minuman ringan berkarbonat malah mampu bertindak sebagai minuman kesihatan serta memberi tenaga dan berkhasiat kerana kurang kandungan gula.

Selain dijamin halal, kehadiran Radix Kola dan Sarsi juga diharap mampu memberi alternatif kepada pengemar minuman berkarbonat untuk memilih minuman yang membawa manfaat dalam penjagaan kesihatan.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata pihaknya yakin Radix Kola dan dan Sarsi keluaran HPA mampu menarik minat pengemar minuman berkarbonat kerana berbeza dengan jenama lain untuk bersaing di pasaran.

Katanya, ramuan sinergi herba khas dalam Radix Kola dan Sarsi menjadikan minuman ini begitu istimewa, malah ia mempunyai perisa kola yang sebenar dan mampu memberi perlindungan pada organ hati.

“Minuman berkarbonat Radix Kola dan Sarsi sesuai untuk semua golongan serta boleh dihidangkan dalam pelbagai majlis dan orang ramai tidak perlu bimbang meminumnya tidak akan menjejaskan kesihatan.”

“Atas keyakinan Radix Kola dan Sarsi mendapat sambutan hebat, HPA kini mensasarkan untuk mengeluarkan 2 juta botol dalam sebulan sebaik kilang terbaru di Kawasan Industri Ringan, Pinang Tunggal beroperasi sepenuhnya Oktober depan” katanya semasa melancarkan Radix Kola dan Sarsi di Sungai Petani pada 13 Julai 2007 yang lepas.

Sumber : Harian Metro 14 Julai 2007

Popularity: 80% [?]

7 Herba Dalam Bijirin Radix

Harian Metro - 23 Mac 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.Keratan akhbar

Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.

“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

gambar pelancaran

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.

Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.

Popularity: 44% [?]

Tujuh herba Bijirin Radix

cereal-hmetro.jpg gmbr-tn-hj-ismail-dan-cereal2.jpg

Oleh ZAINUDDIN ZAIN
zainuddin@hmetro.com.my

23 Mac 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.

Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.

Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix. “Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.

“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.

Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.

Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.

Popularity: 25% [?]

Ubatan Herba beri harapan remaja berkuping

HPA Tubuh Koperasi

kohpa.jpg

Sila klik gambar untuk besarkan

Oleh Zainuddin Zain

 

Isnin, 29 Januari 2007

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) berteraskan produk herba dan halal menubuhkan Koperasi Wahida HPA Berhad (KoHPA) untuk memberi peluang kepada ahlinya melabur dan memperoleh keuntungan daripada operasi syarikat.

Pelaburan pertama KoHPA yang dilancarkan secara rasmi Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi, Datuk Zainuddin Abdul Rahman pada 12 Januari lalu ialah RM2 juta di dalam produk Kopi Radix yang juga produk terlaris HPA.

Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KoHPA, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata walaupun baru ditubuhkan, misi koperasi ialah untuk berkembang hingga menjadi sebuah bank sama seperti perjalanan Bank Rakyat.

“Untuk merealisasikan penubuhan Bank Wahida HPA, kami komited memastikan hanya yang terbaik kepada lebih 300,000 ahli HPA.

“Di KoHPA, kami yakin dengan pelaburan bebas risiko dan berlandaskan syariah, ahli akan mendapat pulangan wang yang diberkati dan halal.

“Pelaburan pertama RM2 juta di dalam produk Kopi Radix adalah pelaburan yang cukup baik kerana kami menerima permintaan luar biasa terhadap produk itu bukan saja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan sedang berkembang ke beberapa negara lain,” katanya.

Beliau yang juga Pengurus Besar Al-Wahida Marketing, sebuah anak syarikat HPA, berkata pada hakikatnya, HPA mempunyai kewangan kukuh dan mampu membiayai semua kos produk mereka.

“Namun, penubuhan KoHPA jalan untuk membolehkan ahli bersama-sama memperoleh keuntungan daripada aktiviti dan produk teras syarikat.

“Malah, kita akan melabur dalam pelbagai lagi produk seperti bihun untuk mencipta pasaran produk halal lebih luas. Usaha ini cukup mulia kerana melindungi hak umat Islam.

“Ini kerana kita sering digemparkan dengan kes penipuan logo halal dan sebagainya. Lebih malang sebahagian besar makanan rutin hari ini dibuat orang bukan Islam dan inilah yang cuba dikekang HPA dengan menawarkan lebih banyak produk halal,” katanya.

Turut hadir di majlis yang diadakan di Hotel KL International di Kuala Lumpur itu ialah Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi Perlis, Dawam Hassan, Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad dan Pengurus Besar KoHPA, Bahari Ali.

Sementara itu, Zainuddin berkata, kekuatan sebuah koperasi ialah ahli lembaga pengarahnya.

“Selagi tidak ada perebutan kuasa, pecah amanah dan penyelewengan, maka sesebuah koperasi itu boleh bergerak lancar. Namun, saya melihat di KoHPA potensi untuk berkembang maju dengan syarat ahli lembaga pengarahnya bersatu padu dan bekerjasama,” katanya.

Popularity: 26% [?]

Close
E-mail It