Tiga perkara asas pilih makanan halal dan suci

PENGGUNA perlu bijak memilih keperluan sesuai dengan apa yang diperintahkan Allah dan Rasul-Nya. Islam menggariskan beberapa panduan yang jelas supaya diikuti oleh pengguna Muslim.

Pertama, Islam menyuruh umatnya mencari dan mengambil makanan yang halal dan baik untuk memenuhi keperluan fisiologi mereka. Suruhan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)

Di Malaysia, status halal sesuatu makanan dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Oleh itu, bagi pengguna Muslim perlu memastikan label halal Jakim terdapat pada barang yang hendak dibelinya.

Pembeli hendaklah mengenal pasti label yang dikeluarkan Jakim supaya tidak terkeliru dengan label halal yang digunakan pihak tidak bertanggungjawab untuk melariskan barang mereka.

Jika pengguna hendak menyemak barang yang dibeli itu dengan lebih pasti, apakah ia terdapat dalam senarai Jakim, pengguna boleh menggunakan telefon bimbit dengan menaip (Halal_no. kod pada barang) dan hantar kepada 32728 atau DAPAT.

Hanya dalam beberapa saat, pengguna akan mendapat maklumat status barang yang hendak dibeli sama ada terdapat dalam senarai barangan halal Jakim atau tidak.

Islam menyuruh kita menjauhi barang yang diharamkan kerana makanan yang dimakan akan menjadi darah daging dalam tubuh badan. Dengan adanya darah daging yang tumbuh daripada makanan haram, ia akan menjadi penyebab doa seseorang itu tidak dimakbulkan Allah.

Di samping halal, umat Islam digesa mencari makanan yang baik untuk tubuh badan bagi menjana kecergasan mental dan fizikal. Tubuh badan yang sihat dan cergas penting bagi melakukan ibadat kepada Allah dalam keadaan selesa.

Hal ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “(Dikatakan kepada mereka) Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman yang lazat dan baik.” (Surah at-Tur, ayat 19)

Kedua, Islam melarang umatnya berlebih-lebihan memenuhi keperluan kehidupan. Larangan ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampau batas.” (Surah al-A’raf, ayat 31)

Sifat itu juga ditegah Rasulullah SAW seperti sabda Baginda: “Makanlah serta minumlah, dan bersedekahlah, dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah), asalkan jangan untuk bermegah-megah dan menyombong, dan jangan pula melampau, kerana Allah SWT suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya.” (Hadis riwayat Ibn Majah)

Allah dan Rasulullah SAW melarang daripada berlebih-lebihan kerana akan membawa kepada pembaziran yang merugikan akibat mengikut hawa nafsu dalam berbelanja.

Kita digalakkan berjimat cermat dalam kehidupan kerana kita tidak dapat menduga keperluan untuk masa hadapan keluarga kita. Adalah lebih baik kita berhati-hati dalam memenuhi tuntutan kehidupan.

Ketiga, umat Islam disuruh bersyukur atas nikmat kurniaan Allah dalam kehidupan mereka supaya mereka tidak menjadi kufur. Allah menyuruh hamba-Nya bersyukur kerana Dialah menyediakan rezeki sesuai dengan keperluan manusia seperti firman Allah bermaksud: “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya.” (Surah Saba, ayat 15)

Mereka yang bersyukur kepada Allah, dijanjikan penambahan rezeki dalam kehidupan kerana mereka tahu daripada Allah sajalah segala pemberian itu datang dan menggunakan rezeki itu ke jalan diredai-Nya.

Janji itu disebutkan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah berat.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Allah menggesa orang Islam supaya menjadi manusia yang bersyukur kepada-Nya kerana ramai manusia yang diberikan nikmat oleh Allah, lupa untuk mengucapkan syukur kepadanya.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT sentiasa melimpah-limpahkan kurniaan-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.” (Surah al-Baqarah, ayat 243)

Itulah tiga perkara asas yang perlu dilakukan pengguna Muslim dalam memenuhi tuntutan kehidupan di atas muka bumi iaitu mencari makanan halal dan baik.

Oleh Dr Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

(Penulis ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Sumber : Berita Harian 27 April 2007

Popularity: 61% [?]

Program HPA Bulan Jun 2007

Program Bulanan bagi bulan Jun sudah muncul. Untuk maklumat lanjut mengenai aturcara Program Bulanan bagi bulan Jun, sila klik padaProgram bulan Jun 2007

Popularity: 29% [?]

Perancangan HPA 2007 (Gagasan 2007)

  1. Menjadi pengeluar bagi TIGA produk utama iaitu Makanan Kesihatan, Kosmetik, dan Barangan Keperluan Harian. Ini termasuk makanan seperti biskut, bihun, ayam/daging organic (nugget), ubat gigi kanak-kanak, frozen food, makanan bayi, produk toiletries serta kosmetik untuk wanita.
  2. Merancang penubuhan “Sihat Shop” (supermarket) di cawangan-cawangan yang berpotensi.
  3. Melancarkan program E-Dagang secara berperingkat-peringkat.
  4. Merancang mengadakan Konvek 2007 di Lembah Klang, Negeri Sembilan atau Melaka.
  5. Menubuhkan Hotel Wahida di Kota Suci Mekah.
  6. Kad ahli HPA sebagai kad diskaun di 200 hotel seluruh Malaysia.

Popularity: 30% [?]

Koperasi Wahida (KoHPA)

pelancaran-ko-hpa.JPG

Koperasi Wahida (koHPA) telah dilancarkan dengan sempurna oleh Pengarah Urusan, Tn. Hj. Ismail di Hotel Seaview, Kuala Perlis, Perlis. Tujuan Penubuhan koHPA ini adalah untuk memberi peluang kepada semua pelabur koperasi untuk sama-sama mendapat manfaat bersama HPA. Ianya terbuka kepada semua ahli HPA di seluruh Malaysia.

Antara manfaat lain dalam koperasi adalah:

* Memberi pulangan semula kepada ahli koHPA; dari 10% hingga 25%
* Mendapat elaun menghadiri mesyuarat agung
* Memberi kemudahan pinjaman kepada para pelabur

Sila muat turun borang pendaftaran ahli Koperasi Wahida melalui laman web ini: http://www.hpa.com.my/kohpa/img/BORANG%20KOOP%20ONLINE.pdf

Sila layari laman web rasmi Koperasi Wahida (koHPA) untuk mengetahui tentang perkembangan terkini koperasi ini. Sila klik http://www.hpa.com.my/kohpa/index.php

OLEH ITU, SEGERALAH MELABUR AGAR TIADA DI KALANGAN KITA YANG KETINGGALAN

UNTUK BUKA AKAUN: RM 10.00 SAHAJA
PELABURAN MINIMA: RM 200.00
ANDA BOLEH MENAMBAH PELABURAN ANDA DARI MASA KE SEMASA

Popularity: 30% [?]

Promosi Bulan Ini

PROMOSI HEBAT!
Tidak tahu dimana untuk mendapatkan produk HPA? Stokis HPA jauh dari rumah? Tidak ada masa untuk membeli produk? Jika anda tergolong dalam orang yang mempunyai masalah ini, kami ada jalan penyelesaian untuk anda.

Kini, pihak Dunia Produk Herba HPA menawarkan promosi PERKHIDMATAN PENGHANTARAN secara PERCUMA (poslaju) untuk produk KOPI RADIX JUMBO (32 paket). Dengan bayaran hanya RM 30 sahaja, anda boleh mendapatkan Kopi Radix ini dengan mudah tanpa sebarang alasan lagi. Hubungi Badruzamani Bin Azmi, 014 - 246 9269 atau emel ke badruzamani_azmi@yahoo.com .

Sila emel seperti berikut:

1. Nama Anda:
2. Produk & Kuantiti:
3. Alamat Penghantaran:
4. Tarikh, masa bayaran & jumlah bayaran:
5. Akaun dimasukkan i.e. Maybank atau BIMB atau CIMB

*Promosi ini hanya sah untuk produk Kopi Radix Jumbo sahaja.

.: Sila klik mana-mana gambar berikut untuk besarkan :.

hpa-news-mac-07.jpg muka-belakang-hpa-news-mac-07.jpg

  • Majalah HPA News Keluaran Bulan Mac 2007 kini sudah boleh didapati di Cawangan dan Pusat Agensi HPA Seluruh Malaysia. RM 3 sahaja.

intensif_konvek.jpg

  • Insentif untuk Konvek HPA 2007 yang dijangka berlangsung pada bulan November 2007 di PICC Putrajaya

bukuhalaldepn.jpg

  • Buku HALAL & HARAM -Sebuah buku terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) (226 mukasurat)- Harga RM 20

Syor daripada Mufti Negeri Perak

“Kehidupan umat islam masa kini semakin tercabar. Secara tidak sedar, perkara makanan untuk keperluan harian banyak mempengaruhi budaya hidup umat islam masa kini. Bagi orang islam, sebarang isu berkaitan dengan persoalan halal dan haram perlu diberi perhatian serius.

Saya menganjurkan supaya buku ini dibaca dan dikaji oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini akan menghilangkan sebarang keraguan yang timbul dalam minda masyarakat islam kerana ia dijelaskan secara saintifik.”

Dato Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria
Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Nota: Dapatkan segera melalui saya. Hubungi 014-2469269

  • Buku Panduan Intibah Siri Ibuku-intibah-1.jpg

Dengan terbitnya buku ini, diharap dapat membantu para pengedar HPA khususnya, serta para herbalis umumnya, dalam usaha untuk mengenal dan memahami selok-belok Perubatan Jawi yang telah diasaskan oleh pengasas HPA iaitu Tuan Haji Ismail Haji Ahmad.

Kandungan Buku Panduan Intibah Siri I:

  1. Kitab Perubatan Jawi
    Konsep Perubatan Jawi, herbalis dan penjelasan tentang penyakit dan penggunaan herba.
  2. Perawatan Sumber Ilahiah
    Prinsip-prinsip perubatan dalam Islam dan pendekatan Rasulullah SAW dalam perubatan.
  3. Semua Bermula di sini (Detoksifikasi)
    Penerangan tentang kekuatan fitrah dalam tubuh manusia, toksemia dan detoksifikasi serta organ-orang tubuh yang perlu mendapat detoksifikasi.
  4. Cleansing and Balancing
    Prinsip-prinsip perubatan alamiah dan cleansing and balancing.
  • Sticker Pelekat Kereta Kopi Radix…Mai Secawan!!!……RM4

stiker-kopi-radix.JPG

  • Sticker Pelekat Kereta Logo HPA…….RM 1

stiker-hpa.JPG

  • Key Chain HPA……RM 1

key-chain-hpa.JPG key-chain-radix.JPG

  • Baju T-Shirt Kopi Radix……RM 35

hpa-news.JPG

  • Majalah HPA News Keluaran Bulan Disember 2006 boleh didapati di Cawangan dan Pusat Agensi HPA Seluruh Malaysia. RM 3 sahaja.

kalendar-kopi-radix.JPG poster-kopi-radix.JPG

  • Kalendar dan poster Kopi Radix…Mai Secawan!

Popularity: 32% [?]

Close
E-mail It