Keunggulan HPA

1. PENGASAS YANG BERWIBAWA

  • Diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Ahmad pada tahun 1987, pada ketika itu, dikenali sebagai Perubatan Tradisional Al-Wahida (PTA).
  • Latar belakang Tuan Haji Ismail Ahmad:
  • Lulusan Sarjana Muda Sains (Botani) Universiti Pertanian Malaysia.
  • Pernah berkhidmat sebagai pegawai di Lembaga Pertubuhan Peladang.
  • Mewarisi kepakaran ilmu herba daripada keluarga.
  • Datuk beliau adalah salah seorang pakar herba terkenal di Perlis.

2. MENDOKONG EKONOMI UMAT ISLAM

  • 15 Julai 1995 (1 Ramadhan) – HPA Industries Sdn Bhd ditubuhkan. Dimiliki oleh 100% bumiputera Muslim.
  • 1997 – Al-Wahida Marketing Sdn Bhd ditubuhkan – anak syarikat yang mengendalikan pemasaran produk HPA secara MLM.
  • Dianggotai oleh beberapa graduan Muslim daripada pelbagai bidang kelulusan seperti lulusan ekonomi, perakaunan, sains komputer, pertanian, pengurusan dan lain-lain.
  • Hampir 200 pekerja yang kesemuanya beragama Islam – HPA memberi nafkah kepada hampir 200 keluarga orang Islam.
  • Satu-satunya syarikat MLM milik umat Islam yang telah bertahan melebihi 10 tahun.
  • HPA memiliki kilangnya sendiri di Perlis dan Kedah.

3. MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA KEMENTERIAN KESIHATAN

  • Semua produk HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Lulus 4 jenis ujian yang diwajibkan sebagai syarat untuk mendapat sijil kelulusan iaitu:
  1. Ujian Mikrob
  2. Ujian Steroid
  3. Ujian Logam Berat
  4. Ujian Kelarutan

4. AMALAN PENGILANGAN TERBAIK

  • Kilang HPA mendapat taraf GMP (Good Manufacturing Practice) atau Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Kawalan mutu dan kebersihan yang ketat serta kualiti dan kebersihan produk dijamin

5. PRODUK DAN PERNIAGAAN BERLANDASKAN SYARIAT

  • Produk suci, bersih dan berkesan, dibuat oleh tangan orang Islam – 200 pekerja muslimin dan muslimat.
  • Produk herba HPA tidak meninggalkan kesan sampingan malah boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur setahun ke atas.
  • Semua pekerja diwajibkan berwuduk sebelum memasuki kilang untuk memulakan kerja.Setiap pagi (pukul 10.00 pagi), pekerja menunaikan solat dhuha secara berjemaah dan diikuti tazkirah ringkas.
  • Pelan pemasaran yang tidak bertentangan dengan syarak (telah disemak oleh panel ulama’) – adil, tiada keraguan dan tiada perangkap. Mendapat pengikitirafan sebagai MLM Syariah daripada Biro Konsultasi Muslim Indonesia.
  • Tidak terlibat dengan riba’ – HPA tidak meminjam wang daripada institusi kewangan.
  • Bahan, kapsul dan gel yang digunakan dijamin halal 100%-dikeluarkan oleh Halal Gel Sdn Bhd.
  • Semua produk HPA mempunyai SIJIL HALAL daripada JAKIM.
  • Setiap bulan, HPA menginfakkan sebahagian daripada keuntungan syarikat kepada sekolah agama, sekolah tahfiz dan rumah anak yatim.

tazkirah-hpa.JPG

solat-dhuha.JPG

6. MEMPERKENALKAN KONSEP PERUBATAN JAWI

  • Pendekatan yang digunakan bersumberkan sumber Ilahiyah dan Alamiah (herba).
  • HPA memiliki sebuah institusi pendidikan dan penyelidikan yang dikenali sebagai ‘Pusat Penyelidikan Perubatan JAWI’ dalam mengeluarkan perawat terlatih.
  • HPA bukan sahaja hanya mengeluarkan produk herba, tetapi turut menyediakan kursus-kursus perawatan seperti bekam al-hijamah, akupunktur, urut reflekslogi, kiropraktik dan urutan limfatik.

Popularity: 17% [?]

Close
E-mail It