Perubatan Islam cara terbaik pulih sihir

Bomoh, dukun dorong insan miliki perasaan jahat dan hati kotor

ISU bomoh palsu, dukun, pengamal perubatan batin yang mengambil kesempatan terhadap pesakit khususnya wanita bukan lagi perkara baru dalam masyarakat kita hari ini.

Berita mengenai bomoh merogol pelanggan, menipu wang sehingga mencapai ribuan, malah puluhan ribu ringgit, pembohongan, kononnya jika pelanggan mengikut nasihatnya seperti jika bersetubuh dengannya akan menghilangkan segala penyakit atau menyembuhkan penyakit sihir seperti kurang memberi kesan positif kepada masyarakat hari ini.

Buktinya, walaupun keburukan dan bahaya mengenai kejahatan bomoh ini sering diuar-uarkan, khususnya menerusi media cetak dan elektronik, masih ramai melanggani khidmat bomoh yang tidak bertanggungjawab ini.

Baru-baru ini, sekali lagi negara dikejutkan dengan berita kehilangan seorang doktor wanita yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Malaya yang dipercayai terpedaya dengan tipu daya bomoh yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Ustaz Zul’.

Hasil siasatan polis akhirnya bomoh itu berjaya ditangkap dan mangsa dijumpai bersama seorang bayi dipercayai hasil hubungan dengan bomoh berkenaan.

Gelaran ‘ustaz’ digunakan sudah mengaburi mata ramai orang yang mempunyai masalah dalaman (batin), khususnya untuk cuba mendapatkan perkhidmatan perubatan darinya termasuk golongan berpendidikan tinggi dan profesional.

Bahana sihir dan bomoh palsu

Kewujudan ilmu sihir atau ilmu hitam tidak dinafikan masih berleluasa sekarang, walaupun dunia semakin maju dengan pelbagai teknologi canggih dan terkini.

Punca berlakunya penguasaan ‘ilmu jahat’ adalah kerana kejahilan dan kezaliman manusia sendiri yang berasa dirinya hebat dengan menguasai ilmu kerana mereka akan menjadi lebih kuat dan boleh melakukan perkara tidak boleh dibuat orang biasa seperti mengghaibkan diri, menarik wang dari langit atau bukit, dapat tiba sesuatu tempat yang jauh hanya sekelip mata tanpa menaiki kenderaan dan pelbagai kelebihan lain.

Dengan wujudnya pengamal perubatan ini jugalah yang mendorong manusia mempunyai perasaan jahat dan hati kotor melakukan kejahatan, akan mendapatkan nasihat dan khidmat daripada bomoh terbabit bagi melaksanakan tujuan dan niat jahat mereka. Antaranya, untuk mendapat pangkat tinggi dalam kerjaya, memajukan perniagaan dengan memusnahkan perniagaan orang lain dianggap musuh perniagaan, meruntuhkan rumah tangga pasangan suami isteri kerana ingin mendapatkan suami orang, menambahkan kecantikan diri bertujuan menarik perhatian terutama lelaki dan banyak lagi maksud dan tujuan jahat yang mahu dicapai.

Penyakit sihir atau ilmu hitam (black magic) ini membuatkan mereka yang mengalami sindrom terbabit akan memilih cara perubatan bukan medik kerana percaya inilah jalan terbaik dalam mengubati penyakit tanpa ragu dan syak dengan keupayaan bomoh. Kebanyakan mereka yang mendakwa diri sebagai bomoh ini akan mengenakan bayaran tertentu sebagai pengeras dan syarat perubatan.

Ironinya, pesakit bersetuju dengan syarat dikenakan kerana terlalu ghairah untuk sembuh dan tidak dapat menahan kesengsaraan penyakit batin dialami.

Kelicikan bomoh ini mengambil kesempatan terhadap orang lemah ini membuatkan mereka dilihat ‘berkuasa’ pada mata golongan ini, apatah lagi jika penyakit dihidapi sembuh dan kembali seperti sedia kala.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedar, sebenarnya ada kuasa lain menyebabkan mereka sembuh dalam jangka panjang. Kemungkinan pada masa lain, penyakit itu akan datang lagi dan mereka memilih perubatan sama.

Memilih pengamal perubatan Islam

Kelemahan dan kurang pengetahuan mengenai hukum agama dan syariat adalah punca berlakunya gejala jenayah perubatan itu.

Gejala ini tidak boleh dipandang remeh sebaliknya, hendaklah dipandang serius setiap individu. Islam adalah agama murni yang suci serta agama pembekal kepada penyembuhan penyakit rohani dan jasmani.

Keupayaan manusia menakluki ilmu batin adalah anugerah Allah SWT. Setiap huruf al-Quran itu adalah ‘daa un’ iaitu ubat yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit dengan cara perawatan tertentu. Rasulullah SAW sendiri adalah salah seorang pengamal perubatan Islam yang handal.

Banyak penyakit dapat diubati Baginda dengan izin Allah, malah dengan izin Allah juga Rasulullah pernah terkena sihir akibat perbuatan jahat wanita Yahudi yang sentiasa memusuhi Baginda.

Setiap orang yang mempunyai masalah penyakit batin atau sihir hendaklah merujuk kepada pengamal perubatan Islam diiktiraf kelayakan mereka berdasarkan latar belakang pendidikan dan keilmuannya yang tinggi dalam bidang perubatan syariah dan perubatan Islam.

Memilih pengamal perubatan Islam yang betul adalah suatu kefarduan kepada mereka yang terkena penyakit sihir atau ilmu hitam kerana hendaklah diyakini, setiap penyakit adalah dengan izin Allah tidak kira penyakit itu berpunca daripada kejahatan syaitan, jin atau manusia. Bagaimanapun, tidak ada makhluk dapat menandingi kuasa Allah jika Dia tidak mengizinkannya berlaku.

Justeru, berhati-hatilah dalam memilih bomoh atau dukun kerana jika tersilap pilih akan menambah kemudaratan dan kesengsaraan hidup yang sedia menderita. Sebaliknya elak mempercayai mereka yang mendakwa sebagai pengamal perubatan tradisional seperti bomoh dan dukun kerana kebanyakannya hanya ingin mengambil kesempatan dan cuba menipu serta cuba mengaburi orang ramai dengan pelbagai dakwaan kononnya dapat merawat pelbagai penyakit batin dan zahir yang tidak dapat diubati pakar perubatan moden atau pakar perubatan batin. Ada banyak iklan perkhidmatan bomoh dalam majalah dan akhbar tabloid.

Masyarakat sepatutnya peka dengan gejala sosial yang secara tidak langsung menjadi ejen pemusnah dan perosak masyarakat tanpa sedar.

Pemilik majalah dan akhbar juga mesti memikirkan kesan baik dan buruk berita dan iklan dipaparkan kepada masyarakat, bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata.

Pihak berkuasa seperti pegawai agama, penguat kuasa undang-undang dan orang ramai juga mesti memainkan peranan besar bagi memastikan segala jenayah spiritual seperti ini dibendung dan dihapuskan.

Institusi kerajaan khususnya, hendaklah memandang serius perkara ini dan suatu enakmen jenayah baru hendaklah dikanunkan bagi memastikan mereka terbabit dengan gejala tidak bermaruah ini dikenakan tindakan sewajarnya.

Sebagai seorang Islam, kita perlu sentiasa beramal dengan amalan tidak bertentangan dengan syariat Islam walau apapun penyakit atau masalah menimpa.

Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap penyakit itu adalah penghapus dosa dan tanda rahmat dan kasih sayang Allah kepada hambanya. Bersabar dengan ujian Allah sangat dituntut oleh-Nya.

Firman Allah bermaksud: “Mintalah pertolongan dengan sabar dan sembahyang” – Surah al-Baqarah, ayat 45. Ayat ini jelas mengajar kita cara memohon pertolongan daripada Allah dengan bersabar diatas ujian yang menimpa dan sentiasa berdoa kepada-Nya serta banyak melakukan ibadah sebagai tanda ketaatan dan kesyukuran diatas setiap anugerah dan nikmat Allah SWT selain berusaha menyembuhkan penyakit dialami melalui jalan diredhai Allah SWT.

Oleh Ros Asmaniza Abdul Latif - Penulis sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Syariah Undang-Undang di Universiti Malaya.

Sumber : Berita Harian 22 Mac 2007

Popularity: 50% [?]

Ilmu Diagnosis Penyakit dalam Perubatan JAWI

1. Diagnos Saraf Tapak Tangan

2. Diagnos Anak Mata (Iridology)

3. Diagnos Lidah dan Denyutan Nadi

Popularity: 33% [?]

Ilmu Perawatan Dalam Perubatan JAWI

1. Bekam (Al-Hijamah)

2. Akupunktur

3. Kiropraktik (Rawatan Membetulkan Tulang Belakang)

4. Urut Refleksologi

5. Urutan Limfatik

6. Accupressure

Popularity: 34% [?]

RUKUN PENYEMBUHAN

Konsep Perubatan Jawi mempunyai beberapa rukun penyembuhan. Seorang pesakit perlu dibimbing untuk memenuhi semua rukun-rukun penyembuhan tersebut supaya mendapat hasil optimal dan khasiat herba yang diambil. Rukun Penyembuhan tersebut adalah:-

  1. Keyakinan
  2. Amalan yang berterusan
  3. Munculnya krisis penyembuhan (Healing Crisis)
  4. Dosis yang mencukupi.

1. KEYAKINAN (CONFIDENCE / BELIEVE)

Pertama kali, harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yang diberikan kepadanya merupakan ubatan yang berkualiti. Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yang perlu dibuka terlebih dahulu. Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yang amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. Pengambilan herba dalam keadaan yang tidak yakin akan membuahkan usaha yang sia-sia.

2. AMALAN BERTERUSAN (CONTINIOUS PRACTICE / CONSUMPTION)

Ertinya kita harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yang sedang menjalani proses penyembuhan melakukan pembaikan ke seluruh tubuh secara menyeluruh (total healing). Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yang mengandungi toksid (zat beracun), maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin dalam kehidupan seharian. Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu untuk menjalani proses pemulihan sel-sel yang telah rosak.

3. KRISIS PENYEMBUHAN

Krisis penyembuhan (healing crisis) adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja yang dikenali sebagai Direction of Cure (DOC). Beberapa DOC yang muncul akibat penggunaan herba antara lain:-

a)Bertambah keluar penyakit.
Seringkali kita menjumpai seseorang yang menggunakan herba mengalami healing crisis, dimana nampak semakin bertambah penyakit yang keluar, seperti perempuan yang mengalami keputihan, jerawat dan lain-lain.

b)Berpindah penyakit dari bahagian tertentu kepada bahagian yang lain.
Kita juga sering lihat perubahan beberapa penyakit seperti orang yang menderita asma setelah mengkonsumi herba mengalami gatal-gatal di kulit.

c)Terasa sakit di bahagian pinggang dan telapak kaki.
Sistem saraf yang mempengaruhi keadaan ini dimana rasa sakit akan terasa seolah-olah berpindah turun ke bawah terutama di sekitar pinggang dan langsung ke telapak kaki. Telapak kaki dihubungkan ke wilayah refleksi bagi perawatan seluruh tubuh.

d)Mengulangi sejarah kesakitan. Pengulangan simptom yang tidak disedari telah keluar di suatu masa dahulu.

4. DOSIS YANG MENCUKUPI

Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. Dalam hal ini perbandingannya adalah 10kg : 1 gm, ertinya setiap berat badan 10kg memerlukan 1 gram herba ubatan yang harus dikonsumi.

Ulasan: Oleh itu, ketahuilah bahawa sekiranya anda mengamalkan herba tetapi tidak berkesan, maka ia berpunca daripada anda sendiri yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas. Kesemua rukun ini sangat penting untuk anda fahami sama ada anda seorang perawat atau pesakit.

Tambahan: Air kosong juga hendaklah diminum dengan banyak semasa mengambil herba iaitu sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari (>8 gelas). Sampaikanlah ilmu ini kepada mereka yang mengamalkan produk herba HPA khususnya.

Popularity: 31% [?]

Close
E-mail It