Radix Cola

Radix Cola adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya dan rasa cola yang sebenar. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberikan alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia. Radix Cola yang memberi tenaga, berkhasiat dan yang penting halal lagi baik. Radix Cola muncul dengan TEKANAN GAS sederhana serta kandungan gula yang jauh lebih rendah daripada minuman berkarbonat yang ada di pasaran dan sesuai untuk semua lapisan umur.

Fakta Nutrisi Radix Cola:

fakta-radix-cola.png

Berat : 1.5 L
Harga Ahli : RM 3.30 (SM) RM3.50 (SS)
Harga Jualan : RM 3.50 (SM) RM 3.60 (SS)

Popularity: 87% [?]

Radix Sarsi

Radix Sarsi

RADIX SARSI adalah minuman ringan yang dapat memberikan kesegaran dan keseronokan untuk dinikmati. Sesuai untuk dihidangkan dalam pelbagai majlis dan suasana. Sinergi khas herba dalam minuman ini menjadikannya istimewa dan berbeza dengan pesaingnya di samping rasa sarsi (perasa yang berasal daripada pokok sarsaparilla, Smilax regelii). Kandungan flavonoid dalam S. regelii menunjukkan aktiviti keimunan positif dan perlindungan pada organ hati. Kehadiran minuman ringan ini diharap dapat memberi alternatif kepada para penggemar minuman berkarbonat untuk memilih kehidupan yang lebih sihat dan pilihan anda adalah pilihan dunia.

Fakta Nutrisi Radix Sarsi:

fakta-radix-sarsi.png

Cara Pemakanan : Boleh di minum bila - bila masa
Berat : 1.5 L
Harga Ahli : RM 3.30 (SM) RM 3.50 (SS)
Harga Jualan : RM 3.50 (SM) RM 3.80 (SS)

Popularity: 89% [?]

Kopi O Pra Campuran Radix

Kopi O Pra-Campuran Radix di rumus kepada penggemar-penggemar kopi O dengan tambahahan beberapa khasiat herba di dalam kopi pra-campuran tersebut. Herba-herba yang digunakan di dalam Kopi O Pra-Campuran Radix adalah sama dengan herba-herba yang digunakan di dalam Kopi Pra-Campuran Radix iaitu tujuh herba terpilih iaitu Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Mata Pelanduk, Larak, Halban, Tebu Gajah dan Tongkat Ali.

Khasiat Kopi O Pra-Campuran Radix :

  • Melawas dan melancarkan sistem perkumuhan;
  • Merawat peringkat awal penyakit TB;
  • Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot;
  • Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan;
  • Membuang angin dalam badan;
  • Dapat menambahkan tenaga dan menambahkan kesuburan;
  • Mengubati darah tinggi dan kencing manis;
  • Dan dapat mengubati pelbagai penyakit yang lain, InsyaAllah.

Kandungan bahan :Kopi O Radix

  • Eurycoma longifolia
  • Cinnamomum inners
  • Ardisia crispa
  • Albizzia Myriophylla
  • Morinda Eliptica
  • Polyalthia Hypoleuca
  • Vitex Pubescen
  • Kopi

Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18

*Nota: Buat masa ini, Kopi O Radix dikeluarkan dalam bentuk papan sahaja (20 paket).

Popularity: 58% [?]

Kopi Radix

Khasiat Kopi Radix :

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.

Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu

Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)

Tongkat Ali dan Herba terpilih

Dos :
Boleh diminum sehingga 6 paket sehari
:

  • Kotak Kecil - Semenanjung : RM15 ; Sabah/Sarawak : RM18
  • Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30 ; Sabah/Sarawak : RM36
  • Papan - Semenanjung : RM20 ; Sabah/Sarawak : RM22

Testimoni :

Popularity: 69% [?]

Minuman Bijirin Radix

cereal.jpg

Minuman Bijirin Radix (Cereal Radix)

Kandungan Utama:

  1. Gula Perang
  2. Oat Segera
  3. Garam Bukit
  4. Kacang Soya
  5. Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
  6. Tebu Gajah (Albizzia Myriophylla)
  7. Halban (Vitex Pubescen)
  8. Larak Hutan (Polyalthia Hypoleuca)
  9. Mengkudu Hutan (Morinda Eliptica)
  10. Teja Lawang (Cinnamomum Inners)
  11. Mata Pelanduk (Ardisia Crispa)

Khasiat:

  1. Mengandungi khasiat tujuh sinergi herba yang memperbaiki kesihatan.
  2. Membekalkan tenaga dengan segera.
  3. Pengamalan yang berterusan dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh.
  4. Oat merupakan sumber utama diet fiber – dengan kadar 55% fiber larut dan 45% fiber tak larut.
  5. Oat terdiri daripada peratusan kompleks karbohidrat yang tinggi.
  6. Oat juga mengandungi vitamin B1 yang tinggi – diperlukan tubuh untuk metabolisma karbohidrat.
  7. Bagi setiap gram, oat memberikan protein, kalsium, besi, magnesium, zink, kuprum, mangan, tiamin dan vitamin E.
  8. Asid amino yang seimbang dalam oat membantu meningkatkan fungsi tubuh.
  9. Oat bersifat rendah lemak secara semulajadi.
  10. Lipid yang hadir dalam oat terdiri daripada asid lemak yang penting.
  11. Oat juga adalah sumber bagi selenium.
  12. Garam bukit secara semulajadi membekalkan mineral dalam tubuh.

Penggunaan:

  1. Tuang kandungan sachet ke dalam mug dan tambahkan air panas secukupnya. Kacau dan sedia diminum.
  2. Sesuai dinikmati bersama keluarga pada bila-bila masa.

Kandungan: 20 paket

Harga Semenanjung: RM 18.00 sahaja

Popularity: 36% [?]

Close
E-mail It