April 2nd, 2007 at 9:45 am (Produk HPA (Penawar Penyakit))
Buasir ialah benjelon yang wujud di selaput lendir rektum atau pada kulit dubur. Sembelit merupakan punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ficus Callicarpa 2. Ipomea Reptans
Dos :
Amalkan 3 kapsul pada pagi dan 3 kapsul pada malam. Amalkan bersama Teh Herba dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 17% [?]
Share This
Comments
April 2nd, 2007 at 9:44 am (Produk HPA (Penawar Penyakit))
Produk yang menggunakan herba Ardisia Crispa (Mata Pelanduk) yang berfungsi untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan yang terdapat pada bahagian sendi-sendi. Keadaan ini apabila tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya sakit pada sendi dan peradangan hingga bengkak. Asid urik yang berlebihan ini merupakan punca utama terjadinya penyakit Ghout dan Athritis. Asid urik ini akan dikeluarkan melalui air kencing. Herba ini bersifat diuretik dan akan memperbanyakkan pengeluaran air kencing. Pengguna dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter air sehari. Selain itu, Ardisia juga dapat menurunkan panas dalam serta menurunkan tekanan darah tinggi.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Carica Papaya.
3. Morinda Eliptica
4. Micromelum Longifolia
5. Cinamomum Iners.
Dos :
Amalkan 3 kapsul pada waktu pagi dan 3 kapsul pada waktu malam. Amalkan bersama Teh Herba dan Malac untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 18% [?]
Share This
Comments
April 2nd, 2007 at 9:43 am (Produk HPA (Penawar Penyakit))
Herba yang bersifat diuretik (memperbanyakkan air kencing) berfungsi sebagai anti hipertensi (turunkan tekanan darah) dan anti piretik (penurunan panas) amat baik untuk penjagaan ginjal, memecahkan batu karang, penyakit epilipsi (sawan), infeksi saluran kencing, demam campak, dan gout. Bagi penderita Batu Karang (Gallstone) disarankan untuk amalkan bersama Madu Asli bagi tujuan pemecahan batu. Mereka yang menderita kerosakan pada ginjal dicadangkan mengamalkan Malac bersama Herba rebusan Alac. Malac menggunakan herba utama lalang yang telah terbukti amat mujarab dan dicadangkan dijadikan amalan untuk mereka yang menghadapi masalah tersebut.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Bamboo Spp
3. Imperata Cylindrica
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada tengahari dan 2 kapsul pada malam.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 16% [?]
Share This
Comments
April 2nd, 2007 at 9:43 am (Produk HPA (Penawar Penyakit))
Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-
1. Kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.
2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.
3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.
Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghdapai masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Barrintoga Racemosa
2. Pithecellobium Jiringa
3. Tetra Indica
4. Tinospora Crispa
5. Andrographis Paniculata
Dos :
Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 17% [?]
Share This
Comments
April 2nd, 2007 at 9:42 am (Produk HPA (Penawar Penyakit))
Vitex berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi dan menjadikan normal. Tanda-tanda awal hipertensi dapat diketahui seperti berikut; sakit bahagian kepala, mata merah dan berair, kesemutan di kaki dan tangan, terasa sakit dan tegang di bahagian tengkuk. Sekiranya tidak diatasi dari awal maka penderita akan menghadapi masalah berikut; stroke atau lumpuh pada kaki dan tangan, rabun hingga mengakibatkan buta, pecah di bahagian pembuluh darah hingga mengakibatkan koma, gangguan saraf, dan lumpuh, lemah jantung, ginjal menjadi rosak dan gagal berfungsi.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica
2. Vitex Pubscens
3. Micromelum Pubscens
4. Tinospora Crispa
5. Physalis Minima
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 1 kapsul pada malam. Amat baik diambil bersama Teh Herba dan Pelawas.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 19% [?]
Share This
3 Comments