Spirulina

spirulina.jpgSpirulina (Arthospira) adalah sejenis ganggang biru hijau dan sejak puluhan tahun yang lalu telah dijadikan makanan kesihatan melalui penelitian para ahli dunia. Makanan yang dikonsumi oleh manusia sekarang banyak menyebabkan terkumpulnya toksid dalam badan, sehingga menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, imuniti turun, fungsi organ menjadi lemah dan lain-lain. Hal ini merupakan masalah besar di negara-negara maju kerana 60% penyebab kematian disebabkan oleh faktor kekurangan zat-zat makanan.

Manfaat Spirulina adalah:

1. Meningkatkan aktiviti anti-virus

2. Menurunkan kadar kolesterol

3. Menurunkan risiko serangan kanser

4. Meningkatkan daya tubuh badan

5. Mengurangkan keracunan pada ginjal

6. Meningkatkan jumlah mikroba lactobacillus yang terdapat di dalam usus

7. Mempercepatkan penyembuhan luka

8. Mengatasi masalah kekurangan zat/mineral

9. Mengurangi penderitaan akibat radiasi.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
Spirulina

Dos :
1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam (baik untuk anak-anak mahupun orang dewasa atau lanjut usia).

Harga :

Semenanjung : RM30

Sabah/Sarawak : RM35

Popularity: 59% [?]

D’DET, D’KARM & D’DEU

3d.jpg

D’DET @ D’TORK

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah. Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat. Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah. Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda. Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh. Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Komposisi (60 kapsul per botol) :
1. Spirulina
2. Vitex Eliptica
3. Morinda Eliptica
4. Andro graphis Paniculata
5. Tinospora Paniculata
6. Hidrocotyle Asiatica

Dos :

Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

D’KARM

Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit. Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan. Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian. Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini. D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat. Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar. Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus. Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus. Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang. Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan. Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal. Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang. Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Vitex Pebuscens
2. Morinda Eliptica
3. Eurycoma Longifolia
4. Cinanomum Iners
5. Coscinumm Blemeanum
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :

Bergantung kepada berat badan. 40 kg (1-2 kapsul) 40 kg ke atas (2 - 4 kapsul) Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

D’DEU @ D’HEAT

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan. Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah. Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil. Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu. Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.
Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau. Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan). Apabila mengamalkan D’Det dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil. Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air. Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin. Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan . Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral. D’Heat diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan. Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Heat akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari. Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Tetra Indica
2. Bamboo
3. Imperata Cylindrica
4. Ficus Callircarpa
5. Ipomea Reptans
6. Roselle Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Pengambilan bergantung kepada berat badan. Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari. Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari. Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Harga :

Semenanjung : RM75 setiap botol

Sabah/Sarawak : RM85 setiap botol

Popularity: 61% [?]

H.B @ Health B (Tekanan Darah Rendah)

healthb.jpgH.B (dulu dikenali sebagai Health B) menggunakan bahan utama Hydrocotyle Asiatica (pegaga) dan Amaranthus Spinosus (bayam duri) yang amat baik untuk meningkatkan daya imunisasi dan tenaga khususnya kepada mereka yang mengalami kekurangan kadar darah merah dan mengatasi kelesuan tubuh badan. Selain dari itu, Health B juga dapat mengubati permasalahan berikut:-

1. Menghancurkan batu karang.

2. Penyakit kencing manis.

3. Penyakit keputihan.

4. Penyakit saraf.

5. Penyakit kulit.

6. Penyakit asma.

7. Masalah sembelit, perut kembung dan peptic ulser.

8. Demam panas.

9. Penyakit kuning atau jaundis.

10. Sifilis.

11. Buasir.

Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Hydrocotyle Asiatica 2.Amaranthus Spinosus

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga :

Semenanjung : RM22

Sabah/Sarawak : RM25

Popularity: 59% [?]

EQ Minda

PENGENALAN

eq-minda1.jpgEQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.

Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapata melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.

TAKRIF EQ (EI)

Para sarjana telah membuat definisi EQ sebagai:

“Emotional intelligence is a set of acquired skills and competencies that predict positive outcomes at home with one’s family, in school and at work. People who possess these are healthier, less depressed, more productive at work and have better relationships.”

Perbezaan di antara EQ dan IQ adalah IQ mudah diukur dan stabil setiap waktu, manakala EQ sukar diukur dan tidak stabil sepanjang masa. Hanya sistem pendidikan yang sempurna dan bersifat Rabbani yang mampu melahirkan bukan hanya generasi minda kelas pertama tetapi ilmuan cemerlang lagi muttaqin.

RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA

  1. Madu Lebah (Honey)
  2. Badam (Almond)
  3. Habbatus Sauda’ (Black Seed)
  4. kacang Adas (Lentil)
  5. Kurma (Dates)
  6. Tin (Figs)
  7. Kismis (Raisins)
  8. Zaa’rafan (Saffron)
  9. Halia (Ginger)

PENJELASAN MENGENAI KHASIAT RAMUAN FORMULASI EQ MINDA HPA

1. MADU LEBAH (HONEY)

Madu adalah pemakanan lengkap yang diturunkan bersama Al-Quran. Ia merupakan penyembuh utama dan amalan memakannya merupakan sunnah. Ia membekalkan tenaga serta nutrien-nutrien yang diperlukan oleh badan. Ia dapat menghilangkan keletihan serta membantu perkembangan minda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang diperlukan untuk kecergasan dan kecerdasan, terutama semasa melaksanakan proses pembelajaran.

2. BADAM (ALMOND)

Badam juga membekalkan pelbagai vitamin dan mineral serat, protein, lemak yang sihat serta kandungan fitokimia tertentu untuk kemaslahatan manusia.

Satu hidangan khasiat badam (sebanyak 23 biji) mengandungi khasiat berikut:

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>35% daripada nilai keperluan harian anda atau Daily Value (DV) bagi antioxidant (vitamin E)

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>20% DV bagi magnesium

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>15% DV bagi phosphorus

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>13% DV bagi riboflavin

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>8% DV bagi kalsium

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>6% DV bagi iron dan zink

<!–[if !supportLists]–>· <!–[endif]–>4% DV bagi asid folik dan niasin

3. HABBATUS SAUDA’ (BLACK SEED)

Habbatus Sauda’ atau Jintan Hitam telah disyorkan pengambilannya oleh Nabi Muhammad SAW dengan menjadikannya sebagai amalan harian. Pengambilannya memberi kesan ke atas sistem paru-paru, perut dan limpa. Ia dapat meningkatkan imuniti, merangsang tenaga, memudahkan penghadaman, tonik dan pelbagai lagi khasiatnya.

4. KACANG ADAS (LENTIL)

Adas merupakan sejenis makanan yang disebut dalam Al-Quran.

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya dan mentimunnya dan bawang putihnya dan adas (kacang dalnya) serta bawang merahnya.” Nabi musa menjawab: “Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih? Turunlah kamu ke Bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu”.” (Surah Al-Baqarah: 61).

Adas membekalkan protein yang tinggi selain fiber, vitamin B1 dan mineral.

5. KURMA (DATES)

Kurma merupakan makanan tradisi di kalangan negara-negara Arab dan umat Islam. Ia membekalkan tenaga segera, fiber dan pelbagai khasiat pemakanan yang diperlukan.

6. TIN (FIGS)

Dalam Al-Quran, Allah telah menyebut mengenai buah tin disamping buah zaitun dalam surah At-Tiin. Buah tin (ara) merupakan sumber flavanoid dan polifenol yang baik. Ia juga mengandungi kandungan antioksidan dan fiber yang tinggi. Ia dapat mengatasi masalah penghadaman dan ancaman radikal bebas serta melambatkan penuaan selain meminimakan stress (tekanan) di kalangan pelajar.

7. KISMIS (RAISINS)

Kismis merupakan makanan yang disyorkan oleh ulama’-ulama’ perubatan Islam. Ia dapat membantu mengekalkan ingatan terutama bagi pelajar yang memerlukan ingatan yang tinggi seperti pelajar tahfiz dan undang-undang. Kismis juga dapat melindungi hati, memperbaiki sirkulasi, melawaskan pembuangan air besar dan melawan bakteria mulut.

8. ZAA’RAFAN (SAFFRON)

Zaa’rafan merupakan sejenis rempah yang didapati daripada pokok saffron crocus. Ia mengadungi lebih daripada 150 bahan meruap dan beraroma. Ia digunakan sebagai pewarna makanan, konfektineri dan dalam minuman. Khasiat perubatannya adalah antikarsinogenik, anti-mutegenik, immunomodulating dan kandungan antioksidan. Ia juga dijadikan dakwat bagi menulis ayat-ayat Al-Quran bagi kaedah rawatan pinggan putih.

9. HALIA (GINGER)

Menurut Al-Quran, halia merupakan sejenis minuman bagi para penghuni syurga. Ia digunakan dalam masakan serta mempunyai nila perubatan yang tinggi.

Halia dapat merawat masalah angin dan mual, mengandungi antioksidan, bersifat karminatif (membuang angin) serta dapat merawat inflamasi (radangan), mengurangkan kolestrol dan merawat penyakit hati.

Harga: Semenanjung Malaysia RM 50

Popularity: 70% [?]

Omega 3 (Kapsul & Softgel)

omega31.jpgOMEGA - 3 (KAPSUL)

Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :

1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi

2. Mengandungi protin yang berkualiti

3. Lebih mudah diserap oleh badan

4. Amat sesuai dijalankan amalan oleh ibu mengandung untuk kecergasan minda bayi yang dikandung

5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan

6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan

7. Mengatasi masalah kardiovaskular

Komposisi (60 Kapsul per botol) :

1. Scomber scombrus

2.Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens

Dos :

Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari

Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari

umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Harga :

Semenanjung : RM30

Sabah/Sarawak : RM35

OMEGA - 3 (SOFTGEL)

Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah :

1. Kanser

2. Trombosit (pembekuan darah)

3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)

4. Kadar kolestrol yang berlebihan

5. Plasma lipid yang berlebihan

6. Penyakit jantung

7. Stress yang berlebihan

8. Tekanan darah tinggi

DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :

1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)

2. Mencegah asma

3. Meningkatkan daya seks kesuburan

4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat

5. Mencegah penyakit kulit

6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan

Komposisi (35 Kapsul per botol) :

Setiap softgel 500mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA

Dos :

Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.

Harga :

Semenanjung : RM20

Sabah/Sarawak : RM22

Popularity: 59% [?]

Close
E-mail It