April 3rd, 2007 at 10:18 am (Produk HPA (Penjagaan Kesihatan))
Mengkudu (Morinda Citrifolia) yang berasal dari Asia Tenggara, Australia dan Kepulauan Pasifik telah digunakan secara meluas dalam tujuan perawatan pelbagai jenis penyakit. HPA menggunakan mengkudu hasil dari tanaman secara organik bagi memastikan nilai perubatan yang maksimum kepada para pengamal produk tersebut. Kajian telah mendapati Produk Mengkudu Organik HPA telah terbukti untuk mengubati permasalahan berikut:-
1. Menurunkan tekanan darah tinggi.
2. Membantu dan merangsang hormon melatonin dan serotonin.
3. Membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
4. Bertindak sebagai anti peradangan dan mengurangkan kesakitan kepada Pengidap Arthritis.
5. Anti Histimik.
6. Melindungi usus dari serangan bakteria perosak dan membantu pencernaan.
7. Memelihara sistem jantung.
8. Menghentikan pertumbuhan sel kanser dan pra kanser.
9. Memperbaiki sistem imunisasi dan merangsang penghasilan sel T.
10. Anti penuaan.
11. Mencegah kencing manis tahap 1 dan 2.
12. Mencegah ketegangan (stress) dan Stroke.
13. Memelihara fungsi ginjal.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Morinda Citrifolia
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada pagi dan 2 kapsul pada malam.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 23% [?]
Share This
Comments
April 3rd, 2007 at 10:17 am (Produk HPA (Penjagaan Kesihatan))
Stoma K adalah satu bentuk ramuan yang dihasilkan 100% dari herba dan tidak mengandungi bahan kimia. Bahan aktif falam produk ini ialah (-) Hydrocytic Acid (-) HCA ini berupaya untuk mengurangkan selera makan, membantu penghasilan dan penyimpanan lemak dan mengaktifkan pembakaran lemak. Formula ini amat berkesan untuk mengatasi permasalahan obesiti. Keadaan in akan menyebabkan kebanyakan kalori ditukarkan kepada glikogen dalam hati dan hanya sedikit kalori akan disimpan sebagai lemak. Kebanyakan produk pelangsing dan menurunkan berat badan yag terdapat di pasaran menggunkan bahan kimia yang boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan khusus kepada gangguan tekanan jantung. Stoma K amat sesuai dan selamat digunakan kerana:-
1. HCA tidak diklasifikasikan sebagai dadah.
2. HCA tidak bertindak balas dalam mitokondria, maka proses penghasilan tenaga secara normal dalam kitaran kreb tidak diganggu.
Kesan Stoma K tidak akan berkurang setelah digunakan pada jangka masa tertentu.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :
1. Tetra Indica 2. Centella Asiatica.
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
Harga :
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25
Popularity: 26% [?]
Share This
Comments
April 3rd, 2007 at 10:15 am (Produk HPA (Penjagaan Kesihatan))
Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia.
Khasiat herba Roselle :
1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.
3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.
5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.
6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.
7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Hibiscus Sabdariffa
Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 24% [?]
Share This
Comments
April 3rd, 2007 at 10:14 am (Produk HPA (Penjagaan Kesihatan))
Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.
Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.
Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.
Komposisi (75 Kapsul per botol) :
1. Ardisia Crispa
2. Cinnamomum Iners
3. Morinda Eliptica
4. Eurycoma Longifolia
5. Smilax Myositiflora
6. Alyxia Reinwardtii
7. Alyxia Indica
8. Freycinetia Malaccencis
Dos :
2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi
Harga :
Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22
Popularity: 26% [?]
Share This
Comments