June 12th, 2007 at 8:40 am (Produk HPA (Kegunaan Harian))
Sabun Pegaga Alami keluaran HPA, tiada yang sepertinya – tanpa SLS (sodium laureth sulfate), pH seimbang, hipoalergenik dan efektif.
- Diperbuat daripada minyak kelapa sawit murni dengan gabungan herba pegaga dan bahan semulajadi yang mewujudkan sensasi dalam mandian.
- Sesuai dijadikan lulur muka dan badan.
- Tidak begitu berasid atau beralkali, ianya menjanjikan kelembutan yang maksima.
- Pegaga (Centella asiatica) mempunyai bahan aktif yang dibuktikan secara saintifik mempunyai kesan positif terhadap kulit selain mengandungi vitamin A, B, D dan K.
- Pegaga dapat meransang pembentukan lipid dan protein yang berguna untuk kulit di samping berkemampuan mengikat struktur kolagen dan membantu sintesis pemulihan tisu kulit.
Harga:
RM 12 (Semenanjung Malaysia)
RM 15 (Sabah & Sarawak)
Popularity: 48% [?]
Share This
1 Comments
June 12th, 2007 at 8:37 am (Produk HPA (Kegunaan Harian))
- Sabun bayi keluaran HPA sesuai untuk kegunaan bayi dan golongan dewasa.
- Ianya bersifat lembut dan melegakan.
- Diperbuat sepenuhnya dari sumber alami dan semulajadi yang menjadikan sabun bayi ini sesuai untuk mengatasi kegatalan kulit dan kulit sensitif.
- Gliserin yang diambil dari minyak kelapa sawit dan beberapa bahan lain yang diambil dari tumbuhan membuatkan sabun ini bersifat hipoalergenik (tiada kerengsaan kulit).
- Ianya tidak mempunyai pewarna serta pewangi dan tidak mengandungi sodium laureth sulfate (SLS) iaitu bahan kimia yang merangsang pembentukan buih.
- Kombinasi bahan semulajadi yang terdapat dalam sabun bayi ini menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan segar serta sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
Harga:
RM 8.00 (Semenanjung Malaysia)
RM 10.00 (Sabah & Sarawak)
Popularity: 45% [?]
Share This
Comments
June 12th, 2007 at 8:27 am (Produk HPA (Minuman))
Kopi O Pra-Campuran Radix di rumus kepada penggemar-penggemar kopi O dengan tambahahan beberapa khasiat herba di dalam kopi pra-campuran tersebut. Herba-herba yang digunakan di dalam Kopi O Pra-Campuran Radix adalah sama dengan herba-herba yang digunakan di dalam Kopi Pra-Campuran Radix iaitu tujuh herba terpilih iaitu Teja Lawang, Mengkudu Hutan, Mata Pelanduk, Larak, Halban, Tebu Gajah dan Tongkat Ali.
Khasiat Kopi O Pra-Campuran Radix :
- Melawas dan melancarkan sistem perkumuhan;
- Merawat peringkat awal penyakit TB;
- Menghilangkan sakit sendi, urat serta menguatkan otot;
- Mengandungi flavanoid sebagai anti oksidan, antivirus dan anti peradangan;
- Membuang angin dalam badan;
- Dapat menambahkan tenaga dan menambahkan kesuburan;
- Mengubati darah tinggi dan kencing manis;
- Dan dapat mengubati pelbagai penyakit yang lain, InsyaAllah.
Kandungan bahan :
- Eurycoma longifolia
- Cinnamomum inners
- Ardisia crispa
- Albizzia Myriophylla
- Morinda Eliptica
- Polyalthia Hypoleuca
- Vitex Pubescen
- Kopi
Harga :
Semenanjung Malaysia: RM 15
Sabah & Sarawak: RM 18
*Nota: Buat masa ini, Kopi O Radix dikeluarkan dalam bentuk papan sahaja (20 paket).
Popularity: 54% [?]
Share This
Comments
June 12th, 2007 at 7:59 am (HPA Dalam Akhbar)
Harian Metro - 23 Mac 2007
HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melancarkan produk keempat jenama Radix, Bijiran Radix, yang dijangka menjana pendapatan tambahan sebanyak RM1 juta sebulan kepada syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera itu.
Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad, berkata `fenomena’ yang dicetuskan Kopi Radix berjaya melonjakkan jualan syarikat kepada RM4 juta sebulan sejak awal tahun ini dan pelancaran Bijiran Radix pula dijangka meningkatkan jualan menjadi RM5 juta.Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencatatkan jualan sebanyak RM6 juta sebulan pada tahun ini dijangka dapat dijana melalui pelancaran dua lagi produk di bawah jenama Radix iaitu Teh Radix dan Kopi O Radix bulan depan.Pada masa ini, katanya, selain Kopi Radix dan Bijiran Radix, produk jenama Radix sedia ada di pasaran ialah Kapsul Radix dan Cookies Radix.“Berdasarkan kempen pengiklanan agresif di Harian Metro dan dua rangkaian televisyen Media Prima (TV3 dan TV9) bermula Disember lalu, Kopi Radix mencatatkan jualan luar biasa sekali gus menaikkan keseluruhan pendapatan syarikat hampir dua kali ganda daripada purata RM2 juta sebulan sepanjang 2006 kepada RM4 juta bermula Disember lalu.
“Namun, kita akur dengan cita rasa pengguna yang mana ada yang tidak minum kopi, tidak suka minuman bersusu dan sebagainya, maka kita akan mempelbagaikan kepada produk bijirin dan tidak lama lagi teh dan kopi o tetapi dengan tujuan yang sama iaitu kesihatan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pelancaran Bijirin Radix di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan 2 HPA, Norhayati Ahmad dan Pengurus Besar Al-Wahida Marketing yang juga anak syarikat HPA, Mohd Faisol Abdul Rahman.
Pada majlis itu, Ismail memberi penerangan hampir tiga jam kepada lebih 1,000 orang yang hadir mengenai kelebihan produk Radix yang juga disenergikan daripada tujuh herba berdasarkan teori Bapa Perubatan Islam, Ibnu Sina.
Mengenai produk Bijirin Radix, beliau berkata, walaupun terdapat beberapa jenama bijiran dan oat yang popular di negara ini, kelebihan produk keluaran HPA ialah ia disenergikan dengan tujuh herba.
Popularity: 40% [?]
Share This
Comments
June 12th, 2007 at 7:46 am (Produk HPA (Minuman))
Khasiat Kopi Radix :
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak
seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.
Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu
Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)
Tongkat Ali dan Herba terpilih
Dos :
Boleh diminum sehingga 6 paket sehari
:
- Kotak Kecil - Semenanjung : RM15 ; Sabah/Sarawak : RM18
- Kotak Jumbo - Semenanjung : RM30 ; Sabah/Sarawak : RM36
- Papan - Semenanjung : RM20 ; Sabah/Sarawak : RM22
Testimoni :
Popularity: 65% [?]
Share This
6 Comments