Profail Syarikat
![]()
Satu-satunya syarikat Bumiputra Muslim yang mempunyai kilang bertaraf ‘GMP’ semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

PENGENALAN
Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada bulan September 1987, yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al-Wahida. Selepas lapan tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn Bhd (Herba Penawar Al-Wahida) ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. Bermula dari situlah syarikat HPA mengembangkan perniagaan sehingga ke tahap yang lebih maju. Kini HPA Industries Sdn Bhd memiliki kilang di tiga kawasan perindustrian yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
PENGILANGAN
Kilang syarikat HPA terletak di alamat B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis dibawah skim Bank Pembangunan Malaysia. Selain daripada itu, sebuah lagi kilang HPA yang juga kini beroperasi di Lot 6, Kawasan MIEL Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis. Dan paling baru ialah HPA telah membuka kilang biskut dan beberapa kilang lain lagi di Kawasan Perindustrian Hosba, Changlun, Kedah.

Pada peringkat awal, industri farmaseutikal yang diwujudkan oleh HPA beroperasi di rumah beliau sendiri. Namun begitu, hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh HPA, pihak bank telah bersetuju menyewakan sebuah bangunannya untuk tujuan tersebut. Dalam pada masa yang sama, HPA telah membuat perjanjian kepada pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kabangsaan (BPFK) untuk mendapat kelulusan susun atur/plan kilang. Akhirnya, apabila kelulusan telah diberikan oleh pihak biro, Bank Pembangunan telah meluluskan pinjaman Skim Al-Ijarah sebanyak RM 222,000 untuk pembelian mesin dan telah membenarkan satu blok tambahan untuk HPA.
Pada 11 September 1997, kilang HPA telah mendapat pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik (GMP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan status ini HPA telah mendapat laluan bagi memasarkan produknya ke luar negara.
Kini HPA telah membeli 4 lot kilang yang bernilai RM 1.4 juta di Kawasan Perindustrian Jejawi (5 km dari Kangar) bagi menjalankan operasinya dengan lebih meluas. Ia dilengkapkan dengan kemudahan yang dianggarkan bernilai RM 2.6 juta.
VISI
- HPA komited mewujudkan rangkaian produk herba sebagai satu kaedah rawatan yang berkesan
- HPA komited membentuk usahawan yang dinamik, progresif dan berwibawa
MISI
- HPA memberi keutamaan mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk herbanya dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan jenis-jenis penyakit yang dialami
- HPA menyelia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga dan masyarakat
OBJEKTIF
- Menjadi pengeluar dan pengedar barangan herba No.1 di seluruh Malaysia
- Memimpin industri herba di Malaysia dari pengeluaran yang innovatif, berdaya maju dan berwawasan
- Memberi keutamaan terhadap program peningkatan dan pembangunan usahawan
Alamat dan no telefon HQ HPA untuk anda hubungi:
PEJABAT
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9776805
Fax : 604-9774121
Berkaitan HPA
Email : wahida@hpa.com.my
Berkaitan Keahlian HPA dan bonus
Email : shidah.mis@hpa.com.my
Berkaitan Pemasaran dan Promosi HPA
Email : cwahidagm@yahoo.com
Berkaitan Website
Email : webmaster@hpa.com.my
Berkaitan Koperasi HPA Wahida (koHPA)
Email : shiera_81@yahoo.com
KILANG
Lot 29,
B1 & B2 Jalan Industri Kawasan Perindustrian Kuala Perlis,
02000 Kuala Perlis,
Perlis Malaysia.
Tel : 604-9852015
Fax : 604- 9853051
Lot 7 & 8,
Kawasan MIEL Jejawi Fasa 2,
Jalan Jejawi Sematang,
02600 Arau Perlis, Malaysia.
Tel : 604-9777894
Fax : 604-97777893
>>Klik di sini untuk mengetahui tentang Keunggulan HPA<<
Perutusan Lembaga Pengarah HPA
Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1)
Puan Hajjah Norhayati bt. Haji Ahmad (Pengarah Urusan 2)
Popularity: 10% [?]





